Like!

Sunday, September 30, 2012

Oh?

Teater ni sebenarnya adalah satu tapak pembelajaran yang hampir sama dengan filem, drama, novel, sastera dan macam-macam lagi. Di dalam teater ni pun menjelaskan beberapa unsur-unsur drama seperti tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan juga bahasa. Unsur-unsur ini juga ada dalam apa juga jenis penceritaan yang disampaikan kepada consumer.

Aku seorang penonton yang tidak suka tengok konflik. Tapi, konflik merupakan satu puncak dalam satu cerita. Oh!. baru aku faham..

Pelakon.Menurut padangan aku, untuk menjadi seorang pelakon, ada pelbagai perkara yang perlu dikaji untuk menjadi diri dalam watak tersebut. Pertama, seorang pelakon perlu mengambil berat faktor fisiologi. Fisiologi adalah yang berkaitan dengan fizikal ataupun yang jelas nampak pada zahirnya seperti usia, jantina, gemuk, kurus, tinggi, rendah, berwajah mulus, manis, kasar dan sebagainya. Hal ni sama dengan apa yang en.shuradi jelaskan dalam kuliah tadi. Sebagai seorang pelakon, perkara asas yang perlu difahami adalah fisiologi watak tersebut. Dengan memahami ciri-ciri fizikal watak tersebut, kita akan lebih memahami keadaan dan kedudukan yang sesuai dengan unsur-unsur drama yang ditetapkan.


Selain faktor fisiologi seorang pelakon juga berperanan memahami dan mendalami faktor psikologi iaitu emosi, cara berfikiran, spiritualnya supaya seorang pelakon itu mendalami watak yang diberikan bukan sahaja pada luarannya, tapi juga dalamannya untuk memastikan watak menjadi lebih berkesan. Aku rasa inilah yang paling penting seorang pelakon tu perlu buat untuk menjadikan watak yang dibawanya itu berkesan. Cuba tengok pelakon handalan kita fauziah nawi, elli suriyati, wan maimunah dan byk lagi tu, dorg kadang-kadang berlakon x perlu pun bahasa tubuh yang melampau-lampau, cukup dengan mainan mata, intonasi dan perasaan yang dorang curahkan pada lakonan tu. Perghh memang mencabar. Ingat senang??

Dan seterusnya sosiologi, pelakon perlu tahu bagaimana mengaitkan peranan sosiologi ni dalam lakonan. Aku pun mula-mula bingung jugak mahu memahami peranan sosiologi ni. Ni la peranan kelas yer kawan-kawan :) . Sosiologi ataupun apa jua yang berkaitan dengan masyarakat adalah perkara yang amat dititikberatkan dalam bidang seni lakon. Bagaimana penerimaan, pembawaan dan juga pandangan terhadap watak itu adalah penting untuk menjadikan bentuk lakonan lebih berbentuk realisme. Jenis masyarakat, taraf hidup, pekerjaan, pendidikan, agama, aktiviti sosialnya, keturunanya, bangsa dan pelbagai lagi adalah sesuatu  bahan sampingan yang akan menghidupkan lagi watak yang dibawa. Maka dengan itu, seorang pelakon hendaklah kaya dengan pengalaman dari sudut dalaman dan luaran sama ada secara langsung ataupun tidak. Kelebihan seorang pelakon itu akan ditentukan melalui kemahirannya menjelmakan watak pada waktu dan masa yang diperlukan dan tidak dicampur adukkan dengan kehidupannya yang sebenar.

Seterusnya dalam perbincangan lakonan pula, terdapat beberapa jenis lakonan yang kebiasaanya dilakukan oleh pelakon. Setiap pelakon ada caranya dan setiap cara itu ada klasifikasinya. yang pertama, adalah eksploitatif. Jenis lakonan eksploitatif ini lebih kepada luaran iaitu fizikal seperti rupa dan bentuk tubuh. Lakonan jenis ini hanya memerlukan rupa, dan bentuk tubuh yang ada pada pelakon itu tanpa menggunakan jiwa dalaman untuk melahirkan watak yang dibawa. 

Seterusnya adalah jenis lakonan lampau amatur. Jenis lakonan ini adalah satu pergerakan fizikal dan vokal untuk menyalurkan emosi. Dalam lakonan ini, seorang pelakon bertindak melalui pemerhatiannya terhadap satu watak yang  sedang dibawa olehnya yang dirasakan sesuai untuk menunjukkan emosi yang sedang dirasakannya. 

Jenis lakonan yang ketiga adalah lakonan mekanikal. Lakonan mekanikal ini hampir sama dengan lakonan lampau amatur iaitu meniru klise-klise yang dirasakan sesuai tetapi ianya mempunyai satu tahap kajian untuk dilihat kesuaiannya serta diperbaiki lakonanya agar mendapat kesan yang lebih mendalam atas pembawaannya. Kalau dibandingkan jenis lakonan ini dengan lakonan lampau amatur, memang ianya tidak menunjukkan satu perbezaan yang ketara, tetapi ianya mungkin mampu memperbaiki kelemahan dari setiap penyampaian emosi yang dilakukan.

Ok, sebelum aku mula melalut.. ada lagi satu jenis lakonan iaitu lakonan jenis representational. Aku suka jenis lakonan ini, mungkin aku tiada ciri-ciri yang mantap macam Neelofa, tiada pengalaman macam elly suriati ataupun bakat yang mantap macam erra fazira? mantap ker? tapi aku mahu cuba jenis lakonan yang pastinya boleh melahirkan seorang pelakon terbaik. Jenis lakonan ini memerlukan disiplin yang tekal dalam diri setiap individu itu. Seorang individu itu haruslah rajin membuat kajian yang terperinci dan penilaian yang teliti terhadap watak yang hendak dilakonkan. Jika dilakukan dengan penuh dedikasi, seorang pelakon bukan sahaja dapat melakonkan watak dengan baik, tetapi juga turut merasai apa yang dilakonkannya (empati), ibarat watak yang dilakukan itu adalah dirinya yang sebenar. Malah, ia juga akan berbentuk konsisten setiap masa.

Untuk mencapai jenis-jenis lakonan yang terbaik, terdapat beberapa juga pendekatan yang digunakan. Ingat sains ja ka ada teori? hehehe.... (pendekatan teknik Lakonan Stanislavsky)
  1. Pendekatan Magik "Bagaimana kalau" (magic if) -  Dalam pendekatan ini, pacik Stanislavsky ini tidak yakin bahawa seseorang aktor itu akan mempercayai seikhlas-ikhlasnya terhadap kebenaran, peristiwa, dan apa jua yang berlaku di atas pentas. Tapi, seorang pelakon ini juga boleh percaya  terhadap apa juga kemungkinan yang berlaku itu. Dengan manggunakan persoalan "kalau aku..?" akan menjadi satu matlamat untuk merangsang pelakon menjiwai watak tersebut.
  2. Situasi sedia ada  - setiap tingkah laku psikologikal dan fizikal seseorang itu tertakluk kepada pengaruh luaran persekitarannya dan sesuatu aksi itu menjelaskan apa yang dilakukan oleh seseorang karakter itu didalam situasi yang sedia ada. 
  3. Imaginasi  - Bermain dengan imaginasi merupakan satu rutin sebenarnya dalam hidup pelakon. Berlandaskan skrip yang diberi, latihan imaginasi ini perlu untuk seorang aktor itu mengetahui  atau merasakan bagaimana watak itu perlu dilahirkan dan perkara-perkara yang mempengaruhinya. 
  4. Konsentrasi tumpuan - menumpukan perhatian terhadap latihan yang sering dijalankan.
  5. Kebenaran dan Kepercayaan - Diatas pentas drama sebenarnya tiada kebenaran. Oleh itu, seorang pelakon perlu bijak mendalami daya pukau untuk memastikan penonton merasakan lakonan yang dibawa itu adalah benar dan sedang berlaku dihadapan mereka ataupun membawa penonton bersama-sama dalam zaman lakonan itu sedang berlaku. 
  6. Hubungan Emosi ataupun spiritual -  serapkan apa yang dilakukan, dikatakan oleh aktor lain. Berinteraksi dengan aktor lain dari sudut emosi dan spiritual agar lakonan menjadi satu, iaitu saling pengaruh mempengaruhi dengan penumpuan yang lebih konkrit.
  7. Tempo dan ritma (pengucapan dialog yang dramati dan sesuai dengan keadaan ) - **rasanya lah!..:))
  8. Memori recall - mengaitkan memori pengalaman dalam alam sebenar dan aplikasikan memori atau peristiwa lampau sebagai alat untuk merealisasikan semula dalam bentuk lakonan seperti mana mengikuti keperluan dramatik. Kononnya mengambil mood yang kita pernah rasa tu la dan kita bawa dalam lakonan kita tu. kan senang.. :p\

Ok!..rasanya cukup sampai sini kot untuk hari ni.. aku pun rasa macam banyak sangat dah ni... heheh. So, kesimpulan aku, dalam bidang lakonan ni sebenarnya kita belajar melalui pemerhatian dengan persekitaran kita. Kita tak perlu jadi susah, kita tak perlu jadi senang, kita tak perlu jadi pandai, gila, bodoh, berlagak atau apa-apa pun dalam hidup sebenar, sebab kita akan belajar memahami semua watak ini kelak untuk dilakonkan. Kenapa? mengapa? siapa? bagaimana? dan bila? semua itu akan jadi persoalan kita dalam membina satu watak yang kita akan terima.

bye!..tq

~jay

Saturday, September 29, 2012

apa keperluan asas lakon?

"So, apa yang anda rasa keperluan dalam satu lakonan?" soalan en.adi utk kami yang empat ketul duduk menghadap dia, ermmmmm.. sambil membulatkan mata.. hehe.. Biasa la, kalau lect tanya, memang macam tu ja la reaksi kami, pura-pura tengah berfikir. Then,the answer are tubuh badan, suara dan juga ruang lakon.

1. Tubuh Badan

At the time seorang pelakon itu berada di atas pentas, satu perkara penting yang akan di nilai dan dilihat secara keseluruhannya adalah tubuh badan. Maka pelakon perlu tahu bagaimana untuk mentransformasikan bentuk lakonan, mengendalikan keseluruhan tubuhnya untuk menyampaikan segala emosi, pemikiran, dan aksi kepada penonton.



2. Suara/Vokal

Selain daripada dilihat, pelakon juga berinteraksi dengan penonton melalui pendengaran. Suara atau vokal memainkan peranan penting untuk menyampaikan dialog. So, seorang pelakon yang baik perlua ada suara yang mantap, jelas didengar oleh semua penonton. Memang hakikatnya setiap manusia mempunyai ton suara yang berbeza tapi menjadikannya lebih mantap adalah penggunaan nafas yang baik dan juga sebutan yang jelas. Suara boleh dilontarkan dengan pelbagai cara untuk menunjukkan emosi dan juga watak yang sedang disampaikan. 

3. Ruang Lakon.

Ruang lakon ni kebiasaanya kita cuma nampak pentas, lokasi atau sesuatu sebagai ruang lakon. Yup! its true, tapi sebelum pentas itu diri sendiri adalah satu ruang kecil yang sangat penting dalam pementasan satu lakonan. Setiap pergerakan yang dilakukan oleh seorang pelakon adalah satu ruang. Malah dari sudut ruang yang lebih luas, ruang pentas mempunyai beberapa jenis antaranya adalah proscenium, arena dan trust. 
  • Proscenium adalah ruang pentas yang mana pandangan penontonnya berada dari satu arah. Contoh untuk dewan atau pentas yang berada di UPSI ni adalah SITC & Audi.. :)
  • arena pula adalah satu ruang pentas yang dikelilingi oleh penonton, maka pelakon yang berada di atas pentas perlu berinteraksi secara 360 darjah, untuk memastikan penonton bersama-sama dalam watak yang sedang dibawa oleh mereka. chill
  • bagi pentas jenis trust pula, penontonnya berada disebelah kanan, kiri dan depan pentas. 
This are some knowledge that i got from my first class with en.Shuradi, btw i have more than this but just let it in the next post for my blog.. :) chill beb!


Friday, September 28, 2012

Perghh.. Dari mana asalnya TEATER?

19 Sept 2012
Bilik Seni Lakon.
En. Nor Shuradi

Hari-hari kita tengok TV. Secara tidak langsung kita telah pun terlibat dengan situasi menyaksikan lakonan manusia disekeliling kita. Hakikatnya bagi aku, semua orang boleh berlakon, tetapi yang membezakan setiap pelakon tu adalah bakat dan cara pembawaanya..

Pelakon? apa yang korg tau tentang pelakon? bukan nak cakap la.. Kita ni x tau pun pelakon tu apa, bagaimana dan darimana? yang pastinya kita cuma tau, KRITIK dan GOSIP pelakon.. eh? betul x?..

Daripada kuliah tadi, aku semakin faham bahawa pelakon itu adalah manusia yang meniru kebenaran atau refleksi watak ataupun peminjam watak. Permulaan watak adalah apabila ia diterbitkan oleh penulis dan diserahkan kepada "pelakon" untuk menerima dan memahami watak seterusnya merealisasikannya melalui peralatannya. Before that, what do you know about "peralatan"? In theatre, "peralatan" bermaksud apa jua yang terlibat dalam melahirkan situasi lakonan teater itu, sama ada props, lighting, pentasdan sebagainya. TAPI! yang paling penting adalah tubuh badan. Seluruh bahagian dalam tubuh badan merupakan peralatan yang sangat penting dalam persembahan teater dan sebagai penyampai kepada segala emosi.

Pada asalnya, teater ini adalah kegiatan kebudayaan tertua dalam kehidupan manusia. See? never thought right? Mungkin kita tiada pada masa dulu, tapi daripada penerangan En.Shuradi di dalam kelas betul-betul meyakinkan bahawa seni lakon ini telah bermua pada zaman dahulu lagi dan aku SETUJU!!. Seni lakonan awalan dalam tamadun manusia telah berlaku dengan tujuan meraikan kepercayaan dan upacara penyembahan. 

Dalam satu upacara penyembahan yang dilakukan, kelompok masyarakat itu akan melakonkan semula aktiviti harian mereka sama ada untuk memanjat kesyukuran atau memohon rezeki dan whatever la pada apa jua yang dianggap tuhan bagi mereka pada zaman tersebut. Malah dalam perayaan keagamaan itu juga, masyarakat yang terlibat menunjukkan kepada penonton pada zaman itu bahawasanya mereka sedang berinteraksi dengan kuasa ghaib untuk menyampaikan hajat mereka. Kan biasa juga kita tengok dalam wayang tuuu... yang konon2 ada kuasa ghaib la, ada orang2 yang boleh bercakap dengan tuhan dorang la.. macam-macam.

Memandangkan aku pun dah macam penat nak mengulas, aku lagi suka tengok video untuk lagi faham situasi tu. So kalau korang rajin2 nak faham apa lagi,....
Cuba tengok kat sini :

1. History of Theatre 1- From Ritual to Theatre
2. History of Theatre 2- Development of Classical Greek Tragedy

Monday, September 24, 2012

Minor Teater


Alhamdulillah sekarang aku berada di semester 3 tahun kedua di UPSI. Semester ni aku dah ada minor, waktu sesi pendaftaran minor tu aku ambik minor multimedia, mungkin ya la sbb aku rasa bidang tu yang dekat dgn course major aku IT. Kononnya la aku ni berminat pada multimedia. aku pun bersusah payah memohon multimedia yang di tutup untuk budak IT dan aku pulak tiba-tiba boleh dapat? wah, rezeki nampaknya, Tapi aku runsing pula bila aku jer sorang-sorang masuk course tu, xda member? boleh bayangkan x? hehe.. so aku pun membuat keputusan melalui malam istikharah aku,. aku mohon petunjuk, walaupun bukan dengan mimpi tp permudahkanlah urusan ku..

Akhirnya masa buka semester 3 ni. aku pun menguruskan minor aku dengan mengubah minor multimedia kepada teater dengan mudah. Pop!.. satu minggu da boleh siap, walaupun payah untuk mendapatkan kelulusan dari pihak jabatan. Biasa la.. mana ada orang yang nak lepaskan anak didik dia kepada bidang lain. Walhal kita ni berhak untuk menentukan apa yang kita mau untuk mempelbagaikan ilmu kan?

Atas dorongan daripada pihak jabatan seni persembahan dan lecturer aku sendiri, usaha aku membuahkan hasil apabila dekan fakulti seni komputeraan dan industri kreatif menurunkan tanda tangan setuju atas pertukaran minor aku, walaupun terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang cuba menpsiko aku untuk kekal atau ambil bidang dalam IT juga... ^_^

dan akhirnya sekarang, aku berdiri bersama-sama 3 orang lagi kawan aku dari course pendidikan khas untuk memperjuangkan bidang teater ni... ganbatee!..

Comments