Like!

Sunday, September 30, 2012

Oh?

Teater ni sebenarnya adalah satu tapak pembelajaran yang hampir sama dengan filem, drama, novel, sastera dan macam-macam lagi. Di dalam teater ni pun menjelaskan beberapa unsur-unsur drama seperti tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan juga bahasa. Unsur-unsur ini juga ada dalam apa juga jenis penceritaan yang disampaikan kepada consumer.

Aku seorang penonton yang tidak suka tengok konflik. Tapi, konflik merupakan satu puncak dalam satu cerita. Oh!. baru aku faham..

Pelakon.Menurut padangan aku, untuk menjadi seorang pelakon, ada pelbagai perkara yang perlu dikaji untuk menjadi diri dalam watak tersebut. Pertama, seorang pelakon perlu mengambil berat faktor fisiologi. Fisiologi adalah yang berkaitan dengan fizikal ataupun yang jelas nampak pada zahirnya seperti usia, jantina, gemuk, kurus, tinggi, rendah, berwajah mulus, manis, kasar dan sebagainya. Hal ni sama dengan apa yang en.shuradi jelaskan dalam kuliah tadi. Sebagai seorang pelakon, perkara asas yang perlu difahami adalah fisiologi watak tersebut. Dengan memahami ciri-ciri fizikal watak tersebut, kita akan lebih memahami keadaan dan kedudukan yang sesuai dengan unsur-unsur drama yang ditetapkan.


Selain faktor fisiologi seorang pelakon juga berperanan memahami dan mendalami faktor psikologi iaitu emosi, cara berfikiran, spiritualnya supaya seorang pelakon itu mendalami watak yang diberikan bukan sahaja pada luarannya, tapi juga dalamannya untuk memastikan watak menjadi lebih berkesan. Aku rasa inilah yang paling penting seorang pelakon tu perlu buat untuk menjadikan watak yang dibawanya itu berkesan. Cuba tengok pelakon handalan kita fauziah nawi, elli suriyati, wan maimunah dan byk lagi tu, dorg kadang-kadang berlakon x perlu pun bahasa tubuh yang melampau-lampau, cukup dengan mainan mata, intonasi dan perasaan yang dorang curahkan pada lakonan tu. Perghh memang mencabar. Ingat senang??

Dan seterusnya sosiologi, pelakon perlu tahu bagaimana mengaitkan peranan sosiologi ni dalam lakonan. Aku pun mula-mula bingung jugak mahu memahami peranan sosiologi ni. Ni la peranan kelas yer kawan-kawan :) . Sosiologi ataupun apa jua yang berkaitan dengan masyarakat adalah perkara yang amat dititikberatkan dalam bidang seni lakon. Bagaimana penerimaan, pembawaan dan juga pandangan terhadap watak itu adalah penting untuk menjadikan bentuk lakonan lebih berbentuk realisme. Jenis masyarakat, taraf hidup, pekerjaan, pendidikan, agama, aktiviti sosialnya, keturunanya, bangsa dan pelbagai lagi adalah sesuatu  bahan sampingan yang akan menghidupkan lagi watak yang dibawa. Maka dengan itu, seorang pelakon hendaklah kaya dengan pengalaman dari sudut dalaman dan luaran sama ada secara langsung ataupun tidak. Kelebihan seorang pelakon itu akan ditentukan melalui kemahirannya menjelmakan watak pada waktu dan masa yang diperlukan dan tidak dicampur adukkan dengan kehidupannya yang sebenar.

Seterusnya dalam perbincangan lakonan pula, terdapat beberapa jenis lakonan yang kebiasaanya dilakukan oleh pelakon. Setiap pelakon ada caranya dan setiap cara itu ada klasifikasinya. yang pertama, adalah eksploitatif. Jenis lakonan eksploitatif ini lebih kepada luaran iaitu fizikal seperti rupa dan bentuk tubuh. Lakonan jenis ini hanya memerlukan rupa, dan bentuk tubuh yang ada pada pelakon itu tanpa menggunakan jiwa dalaman untuk melahirkan watak yang dibawa. 

Seterusnya adalah jenis lakonan lampau amatur. Jenis lakonan ini adalah satu pergerakan fizikal dan vokal untuk menyalurkan emosi. Dalam lakonan ini, seorang pelakon bertindak melalui pemerhatiannya terhadap satu watak yang  sedang dibawa olehnya yang dirasakan sesuai untuk menunjukkan emosi yang sedang dirasakannya. 

Jenis lakonan yang ketiga adalah lakonan mekanikal. Lakonan mekanikal ini hampir sama dengan lakonan lampau amatur iaitu meniru klise-klise yang dirasakan sesuai tetapi ianya mempunyai satu tahap kajian untuk dilihat kesuaiannya serta diperbaiki lakonanya agar mendapat kesan yang lebih mendalam atas pembawaannya. Kalau dibandingkan jenis lakonan ini dengan lakonan lampau amatur, memang ianya tidak menunjukkan satu perbezaan yang ketara, tetapi ianya mungkin mampu memperbaiki kelemahan dari setiap penyampaian emosi yang dilakukan.

Ok, sebelum aku mula melalut.. ada lagi satu jenis lakonan iaitu lakonan jenis representational. Aku suka jenis lakonan ini, mungkin aku tiada ciri-ciri yang mantap macam Neelofa, tiada pengalaman macam elly suriati ataupun bakat yang mantap macam erra fazira? mantap ker? tapi aku mahu cuba jenis lakonan yang pastinya boleh melahirkan seorang pelakon terbaik. Jenis lakonan ini memerlukan disiplin yang tekal dalam diri setiap individu itu. Seorang individu itu haruslah rajin membuat kajian yang terperinci dan penilaian yang teliti terhadap watak yang hendak dilakonkan. Jika dilakukan dengan penuh dedikasi, seorang pelakon bukan sahaja dapat melakonkan watak dengan baik, tetapi juga turut merasai apa yang dilakonkannya (empati), ibarat watak yang dilakukan itu adalah dirinya yang sebenar. Malah, ia juga akan berbentuk konsisten setiap masa.

Untuk mencapai jenis-jenis lakonan yang terbaik, terdapat beberapa juga pendekatan yang digunakan. Ingat sains ja ka ada teori? hehehe.... (pendekatan teknik Lakonan Stanislavsky)
  1. Pendekatan Magik "Bagaimana kalau" (magic if) -  Dalam pendekatan ini, pacik Stanislavsky ini tidak yakin bahawa seseorang aktor itu akan mempercayai seikhlas-ikhlasnya terhadap kebenaran, peristiwa, dan apa jua yang berlaku di atas pentas. Tapi, seorang pelakon ini juga boleh percaya  terhadap apa juga kemungkinan yang berlaku itu. Dengan manggunakan persoalan "kalau aku..?" akan menjadi satu matlamat untuk merangsang pelakon menjiwai watak tersebut.
  2. Situasi sedia ada  - setiap tingkah laku psikologikal dan fizikal seseorang itu tertakluk kepada pengaruh luaran persekitarannya dan sesuatu aksi itu menjelaskan apa yang dilakukan oleh seseorang karakter itu didalam situasi yang sedia ada. 
  3. Imaginasi  - Bermain dengan imaginasi merupakan satu rutin sebenarnya dalam hidup pelakon. Berlandaskan skrip yang diberi, latihan imaginasi ini perlu untuk seorang aktor itu mengetahui  atau merasakan bagaimana watak itu perlu dilahirkan dan perkara-perkara yang mempengaruhinya. 
  4. Konsentrasi tumpuan - menumpukan perhatian terhadap latihan yang sering dijalankan.
  5. Kebenaran dan Kepercayaan - Diatas pentas drama sebenarnya tiada kebenaran. Oleh itu, seorang pelakon perlu bijak mendalami daya pukau untuk memastikan penonton merasakan lakonan yang dibawa itu adalah benar dan sedang berlaku dihadapan mereka ataupun membawa penonton bersama-sama dalam zaman lakonan itu sedang berlaku. 
  6. Hubungan Emosi ataupun spiritual -  serapkan apa yang dilakukan, dikatakan oleh aktor lain. Berinteraksi dengan aktor lain dari sudut emosi dan spiritual agar lakonan menjadi satu, iaitu saling pengaruh mempengaruhi dengan penumpuan yang lebih konkrit.
  7. Tempo dan ritma (pengucapan dialog yang dramati dan sesuai dengan keadaan ) - **rasanya lah!..:))
  8. Memori recall - mengaitkan memori pengalaman dalam alam sebenar dan aplikasikan memori atau peristiwa lampau sebagai alat untuk merealisasikan semula dalam bentuk lakonan seperti mana mengikuti keperluan dramatik. Kononnya mengambil mood yang kita pernah rasa tu la dan kita bawa dalam lakonan kita tu. kan senang.. :p\

Ok!..rasanya cukup sampai sini kot untuk hari ni.. aku pun rasa macam banyak sangat dah ni... heheh. So, kesimpulan aku, dalam bidang lakonan ni sebenarnya kita belajar melalui pemerhatian dengan persekitaran kita. Kita tak perlu jadi susah, kita tak perlu jadi senang, kita tak perlu jadi pandai, gila, bodoh, berlagak atau apa-apa pun dalam hidup sebenar, sebab kita akan belajar memahami semua watak ini kelak untuk dilakonkan. Kenapa? mengapa? siapa? bagaimana? dan bila? semua itu akan jadi persoalan kita dalam membina satu watak yang kita akan terima.

bye!..tq

~jay

No comments:

Post a Comment

Comments