Like!

Sunday, January 6, 2013

Latihan Vokal dalam kelas!


Sebaiknya anda boleh merakamkan suara semasa latihan lakonan, pementasan dan sebagainya. Semasa mendengar semula rakaman tersebut, dengarlah sama ada suara anda jelas atau sebaliknya. kaedah ini dapat menilai kualiti suara anda dan anda ada ruang untuk memperbaikinya supaya mampu memberikan persembahan terbaik pada hari persembahan.
Kualiti suara seorang pelakon akan memberi kesan kepada lakonannya. Sekiranya cerita yang dilakonkan menarik tetapi malangnya lontaran vokal tidak menarik, maka natijahnya pun akan menjadi tidak menarik kerana suara yang tidak jelas. Audiens tidak dapat menghayati lakonan dan penceritaan yang cuba disampaikan. Ringkasnya, pakej suara anda perlu menarik untuk menjadi seorang pelakon yang hebat. Disini perlunya siri latihan pengukuhan dalam meningkatkan kualiti vokal anda.

Untuk memulakan latihan vokal, kita perlu berada dalam keadaan yang tenang (relaxation) seluruh badan mulai daripada kepala sampailah ke  hujung kaki harus diberi latihan supaya santai dan selesa. Kita boleh memulakan dengan menarik nafas perlahan-lahan, lalu hembuskan. Diulangi dengan kadar masa sendiri. Sewaktu kita menghembuskan nafas juga kita boleh melakukan beberapa tekanan pada anggota badan agar hembusan nafas boleh dikeluarkan sepenuhnya.

Semasa sesi latihan, Puan Mardiana juga ada menjelaskan mengenai teknik Alexander. Menurutnya, teknik alexander ni berkaitan dengan cara pernafasan dan juga bahagian-bahagian yang terlibat menyokong pernafasan itu. Untuk mempraktikkan pernafasan ini, ada dua cara yang diketengahkan iaitu peningkatan tenaga (increasing energy) dan juga isolation. Dalam latihan ini, alat yang terlibat adalah sepenuhnya tubuh badan. Semua bahagian dalam tubuh badan sebenarnya mempunyai ruangnya yang tersendiri dan boleh diisi dengan udara. Antara alat yang jelas terlibat adalah mulut, lidah, rahang, perut (abdomen), peti suara dan jugak rusuk (ribs).

Latihan regangan “humming” adalah yang paling ringkas dan senang untuk dilakukan, namun begitu ianya adalah sukar untuk kita mahirkan. Ini adalah kerana kita selalu tersalah meletak kedudukan vokal bila kita membuatnya (latihan humming), dan ada kebanyakkannya yang meletakkannya dikedudukan note yang rendah atau kemungkinan menggunakan otot tekak untuk membantu yang mana akan menyebabkan bunyi yang keluar datangnya dari bahagian anak tekak. Melalui latihan ini, ia akan membuatkan pitching(nada) yang dihasilkan adalah menaik semasa kita menyebutnya. Setiap kali kita membunyikan “hmmmmmm” kita akan mula meninggikan suara kita dihujung perkataan tersebut.

Setiap kali kita tinggikan lontaran suara, kita akan dapati ada rasa macam bergetar di kawasan hidung dan saluran hidung yang kemudiannya membawa ke kawasan mata dan seterusnya ke bahagian kepala. Ini ada “sensasi” daripada bunyi humming yang kita buat. Ia bergema di dalam kepada dan menjadikan penggunaan kepelbagaian ruang di dalam tulang tengkorak untuk menjana bunyi yang kita hasilkan. Kita juga boleh mencuba latihan ini dengan menghasilkan bunyi yang sama tetapi dengan pitching yang sebaliknya. Dalam percubaan ini pula, bunyi “sensasi” getaran akan bergerak ke bawah dan nada yang paling dendah akan bergema di bahagian dada.

Kami meneruskan sesi latihan vokal dengan bubbling sehingga terasa gatal pada bahagian hidung. Untuk sesi pertama kelas vokal, kami memulakan latihan dengan sebutan huruf a,e,i,o,u. Tarik nafas dan hembus sambil huming dengan huruf vocal. Apa yang penting dalam latihan ini adalah kawalan nafas dan posture badan yang selesa agar dapat melontarkan suara dengan jelas.

Seterusnya kelas Gibrish. Gibrish ini adalah berkomunikasi tanpa suara tapi mengeluarkan bunyi-bunyi yang bukan perkataan ataupun menggunakan bunyi huruf vokal a,e,i,o,u. Teknik ni memang membantu untuk seorang pelakon itu membuka mulut dan membantu untuk berinteraksi dengan bahagian-bahagian dalam mulut dan hidung. Kelas vokal kali ini juga melatih pitching kami dengan teknik DO RE MI FA SO LA TI DO  do ti la so fa mi re do dengan beberapa tempo yang berbeza. 

No comments:

Post a Comment

Comments