Sebaiknya anda boleh
merakamkan suara semasa latihan lakonan, pementasan dan sebagainya. Semasa
mendengar semula rakaman tersebut, dengarlah sama ada suara anda jelas atau
sebaliknya. kaedah ini dapat menilai kualiti suara anda dan anda ada ruang
untuk memperbaikinya supaya mampu memberikan persembahan terbaik pada hari persembahan.
Kualiti suara seorang
pelakon akan memberi kesan kepada lakonannya. Sekiranya cerita yang dilakonkan
menarik tetapi malangnya lontaran vokal tidak menarik, maka natijahnya pun akan
menjadi tidak menarik kerana suara yang tidak jelas. Audiens tidak dapat
menghayati lakonan dan penceritaan yang cuba disampaikan. Ringkasnya, pakej
suara anda perlu menarik untuk menjadi seorang pelakon yang hebat. Disini
perlunya siri latihan pengukuhan dalam meningkatkan kualiti vokal anda.
Untuk memulakan latihan
vokal, kita perlu berada dalam keadaan yang tenang (relaxation) seluruh badan
mulai daripada kepala sampailah ke hujung
kaki harus diberi latihan supaya santai dan selesa. Kita boleh memulakan dengan
menarik nafas perlahan-lahan, lalu hembuskan. Diulangi dengan kadar masa
sendiri. Sewaktu kita menghembuskan nafas juga kita boleh melakukan beberapa
tekanan pada anggota badan agar hembusan nafas boleh dikeluarkan sepenuhnya.
Semasa sesi latihan, Puan Mardiana juga ada menjelaskan
mengenai teknik Alexander. Menurutnya, teknik alexander ni berkaitan dengan
cara pernafasan dan juga bahagian-bahagian yang terlibat menyokong pernafasan
itu. Untuk mempraktikkan pernafasan ini, ada dua cara yang diketengahkan iaitu
peningkatan tenaga (increasing energy) dan juga isolation. Dalam latihan ini,
alat yang terlibat adalah sepenuhnya tubuh badan. Semua bahagian dalam tubuh
badan sebenarnya mempunyai ruangnya yang tersendiri dan boleh diisi dengan
udara. Antara alat yang jelas terlibat adalah mulut, lidah, rahang, perut (abdomen), peti suara dan jugak rusuk (ribs).
Latihan regangan “humming” adalah yang paling
ringkas dan senang untuk dilakukan, namun begitu ianya adalah sukar untuk kita
mahirkan. Ini adalah kerana kita selalu tersalah meletak kedudukan vokal bila
kita membuatnya (latihan humming), dan ada kebanyakkannya yang meletakkannya
dikedudukan note yang rendah atau kemungkinan menggunakan otot tekak untuk
membantu yang mana akan menyebabkan bunyi yang keluar datangnya dari bahagian
anak tekak. Melalui latihan ini, ia akan membuatkan pitching(nada) yang
dihasilkan adalah menaik semasa kita menyebutnya. Setiap kali kita membunyikan
“hmmmmmm” kita akan mula meninggikan suara kita dihujung perkataan tersebut.
Setiap kali kita tinggikan lontaran suara, kita
akan dapati ada rasa macam bergetar di kawasan hidung dan saluran hidung yang
kemudiannya membawa ke kawasan mata dan seterusnya ke bahagian kepala. Ini ada
“sensasi” daripada bunyi humming yang kita buat. Ia bergema di dalam kepada dan
menjadikan penggunaan kepelbagaian ruang di dalam tulang tengkorak untuk
menjana bunyi yang kita hasilkan. Kita juga boleh mencuba latihan ini dengan
menghasilkan bunyi yang sama tetapi dengan pitching yang sebaliknya. Dalam
percubaan ini pula, bunyi “sensasi” getaran akan bergerak ke bawah dan nada
yang paling dendah akan bergema di bahagian dada.
Kami meneruskan sesi latihan vokal dengan bubbling sehingga terasa gatal pada
bahagian hidung. Untuk sesi pertama kelas vokal, kami memulakan latihan dengan
sebutan huruf a,e,i,o,u. Tarik nafas dan hembus sambil huming dengan huruf
vocal. Apa yang penting dalam latihan ini adalah kawalan nafas dan posture badan
yang selesa agar dapat melontarkan suara dengan jelas.
Seterusnya kelas Gibrish. Gibrish ini adalah berkomunikasi tanpa suara tapi
mengeluarkan bunyi-bunyi yang bukan perkataan ataupun menggunakan bunyi huruf
vokal a,e,i,o,u. Teknik ni memang membantu untuk seorang pelakon itu membuka
mulut dan membantu untuk berinteraksi dengan bahagian-bahagian dalam mulut dan
hidung. Kelas vokal kali ini juga melatih pitching kami dengan teknik DO RE MI FA SO LA TI DO do ti la so fa mi re do dengan beberapa
tempo yang berbeza.