Ton Suara
Setiap orang memiliki jenis suara yang
berbeza-beza. Hal ini boleh dipengaruhi oleh usia dan juga faktor keturunan
seseorang itu. Contohnya suara seorang nenek tua dan seorang perempuan muda,
ataupun suara seorang ibu dan juga suara anak gadisnya apatah lagi suara
seorang lelaki dan juga perempuan adalah sangat berbeza.
Jelaslah bahawa untuk menyampaikan sesuatu
dialog dengan baik, selain menjaga artikulasi dan intonasi kita juga perlu
memerhatikan ton suara yang sesuai dengan watak. Malah, sebagai latihan, kita
perlu mencuba beberapa ton suara dengan meniru ton suara sama ada orang tua,
kanak-kanak, pengemis ataupun sebagainya.
Artikulasi
Artikulasi adalah
perubahan rongga dan ruang dalam saluran suara untuk menghasilkan bunyi bahasa.
Daerah artikulasi terbentang dari bibir luar sampai pita suara, dimana
fonem-fonem terbentuk berdasarkan getaran pita suara disertai perubahan posisi
lidah dan lain-lain pergerakan lagi.
Terdapat banyak alat
yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat
dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi
bahasa. Bunyi bahasa yang biasa dihasilkan ialah vokal dan juga konsonan.
Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran
bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi,
bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara.
Persembahan yang baik
merupakan persembahan yang jelas dan tepat dalam menyampaikan dialognya. Jelas
juga bukan sahaja melalui penjelasan cerita, tetapi juga melalui sebutan setiap
patah perkataan tersebut. Pelakon perlu menyebut setiap perkataan dengan jelas
dan lontaran suara yang sesuai dengan emosi.
Emosi
Selain daripada mengenal dasar-dasar
vokal, di dalam sebuah penyampaian dan pertuturan dialog juga memerlukan penghayatan. Setiap dialog yang disampaikan
pastinya mempunyai makna yang tersendiri. Oleh itu, untuk melengkapkan rasa
pada dialog tersebut, seorang pelakon perlu bijak menambah rasa emosi itu agar
dialog yang disampaikan sama ada dalam pada situasi marah, sedih atau gembira
dapat dirasakan juga oleh audiens.
Emosi bukan sekadar pada ekspresi muka,
tapi ia juga boleh dilontarkan melalui vokal sama yang bernada ataupun
mempunyai tekanan pada bahagian-bahagian tertentu. Seorang pelakon yang baik
pastinya boleh melahirkan dialog bersama-sama dengan emosinya untuk mencukupkan
rasa pada dialog tersebut.
No comments:
Post a Comment