Setiap intonasi membawa
maksud yang berbeza di tambah dengan ekspresion mimik muka yang ditunjukkan.
Seandainya pada dialog yang kita ucapkan, kita tidak menggunakan intonasi, maka
penonton akan rasa mendatar dan membosankan terhadap apa yang dilihatnya. Yang
dimaksudkan intonasi di sini adalah tekanan-tekanan yang diberikan pada kata,
bahagian atau dialog.
Intonasi ini terdapat
tiga jenis iaitu, tekanan dinamik, nada dan tempo. Untuk intonasi dinamik,
penekanan kepada setiap perkataan itu menunjukkan penekanan kepada subjektif
yang ingin disampaikan. Contohnya pada perkataan “saya membeli pensil ini”. Perhatikan perbezaan penekanan yang akan
diaplikasikan ini memberikan beberapa penyampaiaan yang berbeza.
a)
SAYA membeli pensil ini . (Saya yang membeli pensil ini bukan orang lain.)
b)
saya MEMBELI
pensil ini. (membeli pensil, bukan
menjual)
c)
saya membeli PENSIL ini. (membeli pensil
bukan buku)
Seterusnya, untuk
tekanan nada pula, ia adalah pengucapan teks atau dialog dengan menggunakan
nada, tidak mengucapkan teks seperti biasa tetapi mengucapkan dialog dengan
suara yang naik turun dan berubah-ubah.
Bagi tekanan tempo pula, kita boleh
menentukan intonasi teks dengan memperlambatkan atau mempercepatkan pengucapan.
Tekanan ini sering dipergunakan untuk menegaskan tentang sesuatu yang kita cuba
sampaikan.
Ada masanya anda perlu meninggikan suara
anda dan ada kalanya perlu merendahkannya. Sekiranya anda berdialog dengan nada
yang sama sepanjang lakonan, ia akan menjadi bosan. Bermain dengan intonasi
suara adalah cara yang terbaik. Kuatkan suara anda pada bahagian-bahagian yang
penting, rendahkan suara pada perkara yang sedih atau yang memerlukan
penghayatan. Seorang pelakon selalunya akan bermain dengan nada suara untuk
menarik dan meyakinkan penonton.
No comments:
Post a Comment