Like!

Friday, October 19, 2012

Sekadar Dipinggiran.

Filem dan karya tempatan. Kadang-kadang kita tidak perasan ada filem-filem atau karya-karya tempatan yang sangat berkualiti dan mempunyai mesej yang berguna untuk masyarakatnya. Tapi, kerana publisiti yang kurang dan tahap pemikiran sebilangan besar "pengguna" yang melihat kualiti penyampaian berdasarkan ke"glamour"an atau yang melibatkan pelaburan yang tinggi. 

Aku mungkin tidak layak untuk mengkritik. Tapi dari sudut pandangan aku, karya-karya sedemikianlah yang sepatutnya diedarkan dan didedahkan kepada masyarakat sedari awal perkembangan minda terhadap persepsi masyarakat setempat. 

Movie Hantu Gangster & Nasi Lemak 2.0 :: Movie ini tidaklah sehebat movie-movie MALAYSIA yang terkenal seperti Ombak Rindu & KL Gangster. Malah movie ini jugak tidak memerlukan penampilan artis hebat seperti Aaron Aziz ataupun pengarah filem yang terkenal Shamsul Yusof. TAPI, Movie ini perlu diketengahkan untuk membantu menyatupadukan rakyat dan membuka mentallity masyarakat tentang kesemulajadian penduduk MALAYSIA yang terdiri daripada pelbagai Bangsa, Agama & Budaya. 

Walaupun ada yang mengatakan ianya sebagai Filem BODOH dan karya yang tidak hebat. Tapi, hakikatnya senario yang dipersembahkannya sering berlaku disekeliling kita dan membuka pekung didada bagi negara kita MALAYSIA untuk dinilai sendiri oleh rakyatnya.

#kritikanKaryaFilemDalamNilaiPerpaduan.

Thursday, October 18, 2012

Skrip MONOLOG : Tragedi Raja Oedipus


Para wakil rakyat dan penduduk Thebes semua. Berita bencana akan kusampaikan segera. Jika cintakan Thebes dan menghormati kerabat diraja, saudara sepatutnya berkabung dan berduka. Berita yang dibawa cuma pendek, ringkas dan padat.

Permaisuri Jocasta sudah pun mangkat! Mangkat kerana tangannya sendiri dalam kejadian yang paling ngeri.
Bagaimana kisah yang hamba ingat, akan dicerita peristiwa dilihat.

Jocasta berlari masuk ke kamar, dengan wajah marah, bengis dan nanar. Pintu kamar dihempas,.... ditutup rapat. Ke tilam pengantin dihempas dirinya.... Sambil menangis ditarik rambutnya.

Jocasta meraung, menyeru Laius yang mangkat. Disebut-sebut bayi lelaki yang lahir dari benih sendiri. Bayi yang ditakdir membunuh ayahanda. Kemudian mengahwini bonda sendiri, sehingga membuah zuriat keturunan. Jocasta merintih kesal keseorangan..... Lolongannya yang memilukan tembus keluar dan jelas kedengaran pada kami.Kami terkedu, tidak tahu bagaimana membantu.

Lalu entah bagaimana, dia pun mangkat kehilangan nyawa..... Kami tidak sempat mendekati Jocasta, kerana baginda Oedipus tiba-tiba datang menerpa.. Langkahnya goyah, tergesa-gesa. Kami hairan melihat paduka. Baginda berlari ke sana ke mari, seperti seorang gila lupakan diri.

Baginda meminta pedang dari kami, sambil menyeru dan bertanya tentang Jocasta yang disebut isteri dan juga bonda sendiri. Baginda Oedipus menyebut Jocasta sebagai ibu kandung dirinya, selain sebagai ibu juga kepada anak-anaknya. Baginda mengamuk serta menggila, bagai dituntun roh derhaka. Diasak dan diterajangnya kamar Jocasta hingga pintu pecah terbuka.

Maka ternampaklah kami, satu pemandangan yang paling ngeri! Oh......! Paling memilukan..!

Jocasta tergantung di seutas tali. Jocasta telah menggantung dirinya sendiri.......

Demi Oedipus melihat Jocasta, maka merintih sedihlah baginda raja.

Dilepaskan tali penjerut leher isterinya, lalu perlahan-lahan dibaringkan permaisuri di atas ribanya.....

Perlahan Paduka Oedipus mencabut jarum peniti yang tersusuk di sanggul Jocasta. Jarum digenggam dengan kemas dan tenang... sebelum diangkat tinggi... lalu ditusuk kemata sendiri... hingga pecah langsung buta.

Sambil mengerang, paduka baginda berkata... " Tidak akan kulihat lagi segala bencana yang telah ku alami. Butalah selamanya mata yang curang, kerana melihat barang terlarang...." Ditikam matanya berkali-kali, darah berpercikkan kesana sini, membasahi wajah serta janggutnya.... Ngeri dan mual kami terasa.

Demikianlah terjadi peristiwa suami isteri dilanda sengsara. Bahagia mereka yang dahulu ternyata, berganti sedih dan aib kesudahannya pula.

Kemudian Oedipus bangun, seluruh badannya menggigil, lalu dengan lantang berseru....
"Bukalah pintu.....! Bawalah daku keluar dari istana. Tunjukkan kepada rakyat Thebes semua bahawa inilah si durjana....... Bapa sendiri dibunuhnya.. Ibu pula di....................... Ah! tidak tergamak hamba menyebutnya! "

Oedipus meminta diri dibuang dari Thebes ini sebagai menepati hukuman sendiri.
Tapi bagaimana? sedangkan baginda tidak mampu melangkah... Untuk berjalan terpaksa dipapah.

Oh! kasihan..... sakit pedihnya tidak terkira.. Oedipus menderita, tetapi didayanya juga berjalan,... selangkah demi selangkah tanpa bantuan sesiapa.

Lihat, sekarang baginda sedang berjalan keluar dari istana. Lihatlah,.. aduh,.. betapa terseksanya baginda.

Oh, lembaga malang, dulu kau paling gagah tiada tara.
Oh, mangsa permainan nasib yang menimpa...!
Langkah mahu kemana....?
Semoga yang membencinya.... Hilang bencinya...!

Monday, October 15, 2012

Lakonan Spontan?

Macam biasa kami 4 orang, tugasan kali ini, kami diberikan satu situasi dan satu watak. Watak yang diterima perlu dilakonkan dengan situasi yang diterima. Aku menerima satu watak sebagai "kelab Malam" aku fahamkan maksudnya disana sebagai "perempuan kelab malam" dan situasi adalah di "Pasar Malam". Memang bengong juga la masa tu, tapi aku usaha juga, last-last aku mainkan watak dengan perempuan kelab malam yang ayu dan menggoda. watak ni aku rasa bermain penuh dengan lenggok, costume dan posture badan.

Memang susah jika dapat watak tanpa dirancang. Tambahan lagi, ciri-ciri fizikal yang ada pada perempuan kelab malam jauh beza dengan sifat aku. Haha.. Susah memang susah, tapi mencabar jugak bila ku terpaksa lari dari watak aku yang sebenar dalam sekelip mata. Oleh kerana aku beperwatakan lucu dan suka membuat lawak, so aku masukkan sedikit sifat-sifat keGEDIKan tu dengan beberapa unsur lawak.

Setiap watak dan latar itu sememangnya memainkan peranan untuk seorang pelakon menjiwainya. Tapi, apa yang lebih penting adalah usaha daripada pelakon untuk melahirkan ekspressi pada lakonan walau dimana pun dia berada. So, apa pun watak yang diberi, terima dengan ikhlas dan putuskan dalam hati yang "Saya Boleh Buat". InsyaAllah, dengan usaha yang kecil tu akan membuahkan kejayaan yang besar. Amin..

Monday, October 8, 2012

Relaxation



Latihan hari ni  lebih kepada relaxation, tapi bagi kesan juga sebenarnya. Sebelum kelas bermula, aku dapat rasa yang emosi aku belum stabil atau belum tenang untuk menerima pembelajaran. Mungkin sebab penat berjalan dari Pintu utama ke kelas? atau mungkin sebab cuaca yang panas di luar sana.. Memandangkan badan aku dah ada warm up pagi tu, so aku xda masalah dengan regangan atau keselesaan untuk bergerak.

Relaxation : kami diberi sebuah buku dengan meletakkan buku tersebut di atas kepala untuk menyokong kepala agar tidak terlalu mendongak. Ala, teori Alexander tu.. :) Relaxation ni seperti pergerakan yoga yang memerlukan fokus dan tenang. Kami melakukan beberapa pergerakan sambil seiring dengan pernafasan. Baring dalam keadaan terlentang, rasa bebas dan tenang seterusnya meletakkan foku ke atas latihan yang dilakukan.



Seperti biasa, pernafasan perlu dilakukan. Kali ini kami mengkaji penggunaan nafas yang digumpul pada abdomen dan ribs, melihat penggunaannya dibadan orang lain dan  melihat kekurangan yang ada pada badan  sendiri. Setiap manusia ada perbezaan rasanya, tertakluk bagaimana kebiasaan hidupnya.





Secara keseluruhannya, relaxation ini mengembalikan fokus dan mengurangkan ketegangan yang berlaku dalam fikiran, dan otot-otot pada tubuh. Mengkoordinasikan tubuh secara menyeluruh supaya lebih bebas bergerak.

So kawan-kawan? Kalau ada yang mau relaxkan badan.. cubalah teknik Alexander atau buat yoga yang sesuai.

-Teknik Alexander- utk posture yg baik

Teknik alexander ni adalah teknik yang sangat terkenal di negara-negara Eropah. Teknik ini diteorikan selepas Encik Alexander ini mengenal pasti bahawa gerakan-gerakan atau posture yang dikajinya adalah penting untuk menghasilkan posture badan yang baik dan memberi ruang kepada pernafasan, pergerakan yang betul dalam seharian.

Bukanlah pergerakan yang selalu kita buat ni salah, cuma melalui teknik ini ia mempunyai lebih banyak kebaikannya. Teknik alexander ini didefinasikan sebagai keupayaan mengorganisasikan pergerakan tubuh dalam ruang dan waktu, dengan cara meningkatkan kesedaran atas diri sendiri dan dunia sekelilingnya. Teknik ini ditemukan oleh Frederick Matthias Alexander (1869-1955) dari Australia. Sebuah kumpulan iaitu Society of Teachers of The Alexander Technique (STAT) yang mempunyai banyak cabangnya di negara Eropah telah ditubuhkan untuk mendalami teknik ini.

Kajian dan teknik alexander ini telah terbukti sejak 1 abad yang lalu. Dan kesimpulannya,setiap kesan yang dialami adalah berlaku hasil daripada seberapa besar tindakan dan fikiran kita curahkan kepadanya. Mungkin kita pernah mengalami perasaan tertekan, pasif, bosan, lemah dan merasa tidak berharga. Malah, kadang-kadang kala sebaliknya.

Terapi atau teknik ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana cara yang benar untuk berdiri, duduk dan menggerakkan badan mengikut beberapa latihan sederhana untuk memperbaiki postur tubuh. Teknik ini dapat meringankan tekanan pada otot dan persendian tubuh serta pelbagai masalah mental dan fizikal.

Sila Lihat video di SINI..

Secara keseluruhannya teknik ini menekankan supaya anda dapat memastikan posisi kepala dalam garis lurus dengan tulang belakang sehingga leher anda bebas dari tekanan.

Manfaatnya pula, teknik ini boleh diamalkan sebagai cara effektif untuk mengatasi pelbagai masalah punggung dan leher. Bekerja dengan posisi tubuh yang baik boleh membantu kita menjadi lebih kebal terhadap stress.


Sunday, October 7, 2012

Vokal Exercise!!

Do Re Mi Fa So Fa Mi Re Do..



Try this kawan-kawan.. Terbaik dari Ladang,.. ^_^
Bahagian suara aku bole la..bakat lakonan sedang dipelajarii.. hehe

Thursday, October 4, 2012

First Skrip!

3 Oktober 2012
0900-1100
Bilik Seni Lakon

Latihan kali ni, kami bermula dengan panaskan badan selama 5 minit. Nak cepat, tapi masih dengan teknik yang sesuai.. Selepas memastikan jantung berdegup laju, badan dah aktif, kami pun teruskan dengan latihan vokal. Mula-mula kami train pitching dengan DO RE MI FA SO LA TI DO do ti la so fa mi re do.. dengan tempo. Lepas tu, kami cuba pula huming dari serendah-rendah key suara sehingga ke tahap yang tinggi. Ini merupakan tahap yang susah sebenarnya kalau setiap orang tu tiada konfiden melontarkan suara dan tidak memaksa diri mencapai key vokal masing-masing. Tapi, no problem la rasanya, sebab sesi latihan ni, setiap orang boleh belajar lagi.


Lepas latihan vokal dengan serba ringkas, kami teruskan dengan latihan ekspression melalui vokal dengan membaca skrip yang diberi oleh Pn.Mariana. Aku dapat teks yang bertajuk YB.JEE. Teks ni memang bermain penuh dengan ekspression muka dan antonasi vokal. Aku tertarik bila Pn.Mariana cuba baca teks tu. Walaupun aku tidak pandang ekspression muka pn.Mar tapi aku dapat rasa apa yang cuba dia sampaikan dengan feel yang dia cuba salurkan. Perghhh. Orang lama la katakan.



Beralih pula kepada skrip lakon teater bangsawan. Memang susah, gaya antonasi yang lain daripada kebiasaan dan cerita yang penuh dengan personafikasi dan gaya bahasa. Aku cuba juga baca dengan cara aku, tapi tanpa persediaan, first time pula tu, tapi aku rasa, kalau ada latihan dan masa lebih, its will be much  better.. hehe.. Keep it up!.. semoga semua akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pertandingan Festival Monolog nanti dan juga persembahan teater berpasangan.

Gud Luck Kawan-kawan!

Teknik?

01.Oktober 2012
1400
Bilik Seni Lakon

Kelas hari ni adalah satu lagi langkah untuk aku menjerumuskan diri dalam bidang seni teater. Kelas hari ni aku rasa memang memberi peluang untuk aku dengan geng teater aku ni kenal antara satu sama lain dan sambil mengurangkan sedikit lagi rasa malu yang ada dalam kalangan kami. Faham-faham la, dalam bidang seni teater ni kita perlu berhadapan dengan orang tanpa tahu orang tu suka atau tidak dengan apa yang kita buat. Maknanya? Dalam bidang seni teater ni, kita kena buang rasa apa yang orang akan fikir tentang kita, yang penting kita buat lakonan tu dengan penuh dedikasi. Kerja orang biasa la, MENGKRITIK tu nombor 1!.

Sesi warm up latihan kali ni, Pn.Mariana dedahkan kami pasal beberapa teknik yang membantu menjaga posture badan dan memastikan semua bahagian badan bekerja dalam waktu latihan tu. Bukannya nak jadi model pun... cuma nak pastikan posture tu betul. Ada 3 teknik yang aku belajar dalam kelas tadi.


  • Heel Rock - Teknik ni, memerlukan kita untuk baring dan menggerakkan badan keatas bawah menggunakan tumit dan cuba membayangkan badan seperti ditarik di bahagian kaki dan kepala (atas dan bawah la). Teknik ni bertujuan untuk memastikan badan dapat berada dalam posture yang betul. Selain itu, aku rasa gerakan ini membantu kita memaximumkan gerakan supaya kita sentiasa push badan kita untuk setiap gesture yang akan kita buat.

  • Pelivil Lift - Teknik ni dilakukan dengan cara menolak bahagian pelvic ke atas dalam kedudukan baring sambil menarik nafas. Seterusnya menghembuskan nafas sambil membawa bahagian pelvic ke kedudukan asal semua.  - Dalam teknik ni aku dapat rasa yang aku push badan aku untuk bernafas sambil menggunakan bahagian RIBS yang ternyata menyokong bahagian pernafasan. So? push more!!!

  • Folded lift - Latihan teknik ni hanya memerlukan kita diatas betis kita (kaki berlipat) dan melunjurkan badan seperti sedang sujud. Kedudukan perut berada di atas peha dan tangan di hala lurus ke atas  sambil tapak tangan dilekupkan ke lantai. - Aku dapat rasa dengan teknik ni, kita melakukan penolakan untuk bernafas dan memohon sokongan kuat bahagian rusuk agar menampung angin yang masuk ke dalam badan yang tidak dapat masuk ke bahagian Abdomen.

  •  Spinal Roll  - Aku paling suka teknik ni. Teknik ini mengajar kita untuk bergerak mengikuti teknik dan flow yang sebenarnya. Spinal roll yang kami lakukan adalah berdiri daripada kedudukan folded lift tadi dengan cara yang betul mengikut setiap sambungan antara tulang dan sendi badan daripada lutut, punggung, pinggul, pinggang, tulang belakang,sehingga ke tengkuk.



Selesai bahagian Warm up, kami didedahkan dengan bahagian ekspresi dan imaginasi. Kami diarahkan untuk buat ekspresi sedih, terkejut, relax, happy dan marah. Duduk dihadapan cermin. Memang ternyata setiap ekspresi itu ada perbezaanya. Seterusnya, dalam bahagian imaginasi. Kami bermain dengan situasi yang tidak nyata, so nampak lah keKreatif-an masing-masing dan tahap imaginasi masing-masing tu. Memang lucu rasanya bermain dengan imaginasi, tapi benda tu penting untuk lahirkan mood dalam persembahan.

Seterusnya kelas Gibrish. Sesi gibrish tu, saya tertarik pada lakonan raja lawak. Ada salah satu movie raja lawak tu, dorang menggunakan teknik gibrish. Berkomunikasi tanpa suara tapi ada bunyi2 yang bukan perkataan dikeluarkan ataupun menggunakan bunyi huruf vokal a,e,i,o,u. Teknik ni memang susah untuk dijelaskan tapi aku rasa dengan beberapa video rakaman dari kelas ini boleh menjelaskan. Sila la tengok. klik sini

Menurut aku, teknik ni memang membantu untuk seorang pelakon tu buka mulut dan berinteraksi dengan bahagian-bahagian dalam mulut dan hidung. 

This for today. So, happy to read & comment!

adios~



Wednesday, October 3, 2012

Kisah Pembunuhan Lubang Tandas

Tettt....Awak pernah dengar tak kisah pembunuhan lubang tandas? Suram-suram kot,. 36 tahun dulu ada satu kes pembunuhan dua orang kanak-kanak yang diperlakukan agak kejam apabila dibunuh dan dibuang ke lubang tandas kemudian dijumpai setahun kemudian dalam keadaan reput dan berulat.





Berikutan daripada kisah tersebut, terhasillah sebuah teater "TRAGEDI SALMAH" yang diarahkan oleh Naque Ariffin pelajar tahun akhir Seni Teater ASWARA dan dilakonkan oleh rakan-rakan seperjuangannya. Rombongan pelajar UPSI seramai lebh 60 orang rasanya sebab dua bas diperlukan untuk kami sampai ke Aswara menonton teater "Tragedi Salmah" ni pada 28hb September 2012 jam 8.00 malam. 



Hasil daripada tontonan aku terhadap teater tu, aku rasa teater tu boleh la diberikan anugerah terbaik PETA 2012. Mungkin antara persembahan lain, itu lah yang terbaik dorang mampu berikan. So, bagi aku teater ni ada beberapa kekurangan yang dorang tidak peka sendiri. Aku sebenarnya suka pada watak naratif makcik tua yang jadi tukang cerita kisah Salmah ni. Cuma, mungkin ada beberapa kelemahan dia yang aku kesan adalah, penggunaan suara dia yang menggunakan area peti suara dan ditekankan pada bahagian trachea boleh menyebabkan dia mengalami sakit bahagian tekak dan suara sebenar akan rosak. Lagi satu, watak narratif tu jugak kelihatan tidak konsisten, mula-mula dia masuk dalam keadaan yang bongkok, batuk-batuk, kali kedua masuk jalan macam model dah.... seterusnya tinggal suara ja jadi makcik, posture dan gesture dia x tetap. Nasib la pakaian dan suara dia tu tak berubah kalau tak, mungkin keliru mana satu Salmah dengan Makcik narator tu. :)

Selain tu, aku nak komen jugak pasal pelakon watak Emak Salmah sewaktu Salmah kecil. Watak tu sangat sesuai la dari sudut saiz badan dia yang sedikit berisi, tapi ekspression muka yang dia bagi tu aku rasa melampau-lampau sangat. Tau la marah pun, tapi dalam watak tu aku nampak yang mak dia macam tak suka dengan anak dia dan macam ada dendam sesuatu dengan anak dia tu, padahal dia cuma marah pasal anak dia tu nak belajar jer ponnn.. tapi emosi lebih-lebih pulakkk dahh..

Watak bapak Salmah la adalah watak yang paling lucu ataupun tak guna rasanya kat dalam cerita ni, kalau nak sekadar bagtau bapa dia tu cacat, bagus bagitau bapak dia dah tak ada jer.. ataupun sekadar mention guna ayat contoh.. "ayah ko tu dah la cacat!, ko pulak suka buat hal dengan mak.." bagi aku ada baiknya, daripada menggunakan khidmat lelaki macho untuk watak yang ibarat melepaskan batuk di tangga. Haha...

Aku mungkin memang senang tertarik dengan watak orang yang dah berumur. Antara banyak-banyak watak dalam cerita ni, aku suka watak Atuk Salmah. Vokal dia mantap, posture badan dia konsisten dan cara dia bawa watak tu sampai tak nampak dah ciri-ciri "pelajar". Watak tu dah sebati dengan diri dia, walaupun dia masuk pun kejap-kejap je.. tapi betul-betul ada kesan la. Kalau aku pensyarah, pelajar tu aku bagi markah tinggi punyer... sbb tu la aku ni x boleh jadi pensyarah.. Hahaha... :)

Seterusnya kita beralih la kat watak Salmah dewasa, aku suka tengok muka dia dalam watak ni sangat sesuai dengan ciri-ciri yang telah dijelaskan. Nampak sangat jugak kat sini sebenarnya pelakon ini menggunakan lakonan jenis eksploitatif iaitu lebih menggunakan imej luaran dan fizikalnya. Saya sendiri tak dapat rasa kesedihan yang dialami dari wajah dia, saya cuma berinteraksi kesedihan melalui suara-suara dan jalan cerita yang saya faham dan bukan kerana kerjasama daripada ekspresi muka yang dia berikan. 

Watak zali, iaitu suami kepada Salmah juga adalah ibarat satu beban kepada saya sewaktu saya lihat lakonan ni. Beban maksud saya adalah sesuatu yang saya tak boleh terima kenapa dia perlu buat macam tu? Dorang seharusnya faham apabila penonton memberikan reaksi gelak ataupun berasa lucu atas ekspressi yang dilakukan oleh Zali dan mungkin juga dia agak berlebihan untuk menunjukkan bahawasanya dia tu adalah insan yang bisu.! 

Lelaki macho. Watak Syah, harap badan jer smart. Suara tak jelas pun,.. Nasib-nasib je la ada muka ek? 

Secara keseluruhannya, teater ini ada jalan cerita yang bagus, tapi dia tak diperkemaskan lagi. Ada bahagian-bahagian yang nampak sangat berlebih-lebih, malah ada bahagian yang langsung xguna pun. Dari sudut penataan cahaya, aku rasa xda masalah, tapi ada bahagian-bahagian yang pelakon itu sendiri tidak bijak menggunakan ruang lakon itu dengan baik. Sebagai seorang pelakon aku rasa, kenalah bijak cari lampu agar diri itu kelihatan..... Malah, ada beberapa bahagian yang lampunya tidak pun digunakan dengan baik untuk membantu penonton mudah menangkap pergerakan mereka. 



Apa2pun, tahniah kepada tenaga anak muda kita atas produksi yang terlibat dalam menjayakan pementasan teater ini. Mungkin saya tak ada bakat berlakon, tapi saya rasa macam dah minat dengan bahagian mengkritik ni. Haha.. gila kuasa dah nampaknya ni..

**Ini blog aku. Suka hati aku lah nak tulis apa..

-jay

Monday, October 1, 2012

First Step!

Hari pertama kelas bersama dengan seorang yang sangat berkaliber dalam bidang seni teater Puan Mariana. Fuhh, yang malangnya aku lewat datang kelas ni.. almost 30 minutes rasanya terlewat. Nasib la puan ni baikkk dan cool giler.. hehe..

Dalam kelas ni kami diberi pendedahan macam mana nak memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan, agar badan tu tak terasa terkejut kalau kita buat latihan. So xde la kejang otot sana-sini.. hehe. Macam-macam jugak la pergerakan kitorang buat untuk lajukan degupan jantung ni.. Aku suka part berlari ikut tempo dan tiba-tiba disuruh berhenti. Pop!.. terasa degup jantung yang deras disitu.. haha.. Walaupun aku x suka bersukan, tapi aku suka aktiviti yang banyak gerakan indoor ni,. haha..

Dalam kelas tu jugak, Puan Mariana betulkan posture duduk yang betul dari sudut pandangan lah. Bukanlah selama ni kita duduk salah, tapi kedudukan yang straight dan tiada tekanan maksudnya di situ. Lentok kanan, lentok kiri, goyang pinggul ke kiri, ke kanan, semua tu berperanan untuk melonggarkan otot-otot badan supaya tiada rasa tekanan semasa membuat gerakan yang melibatkan fizikal. Buat gaya "Superman" pun ada jugak, tapi berdiri sebelah kaki la. Masa kami buat kedudukan tu menunjukkan bahawa setiap pergerakan tu sebenarnya memerlukan fokus supaya ianya berbentuk konsisten. Yup!.. saya sokong disitu.

Ok!, selesai panaskan badan atau bahasa pasarnya "Warm Up" kami pun melakukan latihan vokal. Sebelum sesi latihan bermula, Puan Mar ada bgtau pasal teknik Alexander tu. Menurutnya, teknik alexander ni berkaitan dengan cara pernafasan dan juga bahagian-bahagian yang terlibat menyokong pernafasan itu. So, untuk mempraktikkan pernafasan ini, ada dua cara yang diketengahkan iaitu peningkatan tenaga (increasing energy) dan juga isolation. Dalam latihan ini, alat yang terlibat adalah TUBUH BADAN!... :) Semua bahagian dalam tubuh badan sebenarnya mempunyai ruangnya yang tersendiri dan boleh diisi dengan udara. Antara alat yang jelas terlibat adalah mulut, lidah, *rahang, *perut/abdomen + p*****e part, voice box dan jugak rusuk /ribs. So? perasan x?hehehehe ....  :0

Then, kami pun meneruskan sesi latihan vokal dengan bubbling sampai gatal hidung, huming sampai rasa gatal area mulut. Untuk first session class vocal, kami mula practice huruf a,e,i,o,u. Tarik nafas then Out dgn huming dan huruf vocal. Wah, aku rasa boleh tembus dinding tu klau tajam suara ni.. hahaha.. Bagi aku, dalam latihan tu apa yang penting adalah kawalan nafas dan posture yang selesa.


Sunday, September 30, 2012

Oh?

Teater ni sebenarnya adalah satu tapak pembelajaran yang hampir sama dengan filem, drama, novel, sastera dan macam-macam lagi. Di dalam teater ni pun menjelaskan beberapa unsur-unsur drama seperti tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan juga bahasa. Unsur-unsur ini juga ada dalam apa juga jenis penceritaan yang disampaikan kepada consumer.

Aku seorang penonton yang tidak suka tengok konflik. Tapi, konflik merupakan satu puncak dalam satu cerita. Oh!. baru aku faham..

Pelakon.Menurut padangan aku, untuk menjadi seorang pelakon, ada pelbagai perkara yang perlu dikaji untuk menjadi diri dalam watak tersebut. Pertama, seorang pelakon perlu mengambil berat faktor fisiologi. Fisiologi adalah yang berkaitan dengan fizikal ataupun yang jelas nampak pada zahirnya seperti usia, jantina, gemuk, kurus, tinggi, rendah, berwajah mulus, manis, kasar dan sebagainya. Hal ni sama dengan apa yang en.shuradi jelaskan dalam kuliah tadi. Sebagai seorang pelakon, perkara asas yang perlu difahami adalah fisiologi watak tersebut. Dengan memahami ciri-ciri fizikal watak tersebut, kita akan lebih memahami keadaan dan kedudukan yang sesuai dengan unsur-unsur drama yang ditetapkan.


Selain faktor fisiologi seorang pelakon juga berperanan memahami dan mendalami faktor psikologi iaitu emosi, cara berfikiran, spiritualnya supaya seorang pelakon itu mendalami watak yang diberikan bukan sahaja pada luarannya, tapi juga dalamannya untuk memastikan watak menjadi lebih berkesan. Aku rasa inilah yang paling penting seorang pelakon tu perlu buat untuk menjadikan watak yang dibawanya itu berkesan. Cuba tengok pelakon handalan kita fauziah nawi, elli suriyati, wan maimunah dan byk lagi tu, dorg kadang-kadang berlakon x perlu pun bahasa tubuh yang melampau-lampau, cukup dengan mainan mata, intonasi dan perasaan yang dorang curahkan pada lakonan tu. Perghh memang mencabar. Ingat senang??

Dan seterusnya sosiologi, pelakon perlu tahu bagaimana mengaitkan peranan sosiologi ni dalam lakonan. Aku pun mula-mula bingung jugak mahu memahami peranan sosiologi ni. Ni la peranan kelas yer kawan-kawan :) . Sosiologi ataupun apa jua yang berkaitan dengan masyarakat adalah perkara yang amat dititikberatkan dalam bidang seni lakon. Bagaimana penerimaan, pembawaan dan juga pandangan terhadap watak itu adalah penting untuk menjadikan bentuk lakonan lebih berbentuk realisme. Jenis masyarakat, taraf hidup, pekerjaan, pendidikan, agama, aktiviti sosialnya, keturunanya, bangsa dan pelbagai lagi adalah sesuatu  bahan sampingan yang akan menghidupkan lagi watak yang dibawa. Maka dengan itu, seorang pelakon hendaklah kaya dengan pengalaman dari sudut dalaman dan luaran sama ada secara langsung ataupun tidak. Kelebihan seorang pelakon itu akan ditentukan melalui kemahirannya menjelmakan watak pada waktu dan masa yang diperlukan dan tidak dicampur adukkan dengan kehidupannya yang sebenar.

Seterusnya dalam perbincangan lakonan pula, terdapat beberapa jenis lakonan yang kebiasaanya dilakukan oleh pelakon. Setiap pelakon ada caranya dan setiap cara itu ada klasifikasinya. yang pertama, adalah eksploitatif. Jenis lakonan eksploitatif ini lebih kepada luaran iaitu fizikal seperti rupa dan bentuk tubuh. Lakonan jenis ini hanya memerlukan rupa, dan bentuk tubuh yang ada pada pelakon itu tanpa menggunakan jiwa dalaman untuk melahirkan watak yang dibawa. 

Seterusnya adalah jenis lakonan lampau amatur. Jenis lakonan ini adalah satu pergerakan fizikal dan vokal untuk menyalurkan emosi. Dalam lakonan ini, seorang pelakon bertindak melalui pemerhatiannya terhadap satu watak yang  sedang dibawa olehnya yang dirasakan sesuai untuk menunjukkan emosi yang sedang dirasakannya. 

Jenis lakonan yang ketiga adalah lakonan mekanikal. Lakonan mekanikal ini hampir sama dengan lakonan lampau amatur iaitu meniru klise-klise yang dirasakan sesuai tetapi ianya mempunyai satu tahap kajian untuk dilihat kesuaiannya serta diperbaiki lakonanya agar mendapat kesan yang lebih mendalam atas pembawaannya. Kalau dibandingkan jenis lakonan ini dengan lakonan lampau amatur, memang ianya tidak menunjukkan satu perbezaan yang ketara, tetapi ianya mungkin mampu memperbaiki kelemahan dari setiap penyampaian emosi yang dilakukan.

Ok, sebelum aku mula melalut.. ada lagi satu jenis lakonan iaitu lakonan jenis representational. Aku suka jenis lakonan ini, mungkin aku tiada ciri-ciri yang mantap macam Neelofa, tiada pengalaman macam elly suriati ataupun bakat yang mantap macam erra fazira? mantap ker? tapi aku mahu cuba jenis lakonan yang pastinya boleh melahirkan seorang pelakon terbaik. Jenis lakonan ini memerlukan disiplin yang tekal dalam diri setiap individu itu. Seorang individu itu haruslah rajin membuat kajian yang terperinci dan penilaian yang teliti terhadap watak yang hendak dilakonkan. Jika dilakukan dengan penuh dedikasi, seorang pelakon bukan sahaja dapat melakonkan watak dengan baik, tetapi juga turut merasai apa yang dilakonkannya (empati), ibarat watak yang dilakukan itu adalah dirinya yang sebenar. Malah, ia juga akan berbentuk konsisten setiap masa.

Untuk mencapai jenis-jenis lakonan yang terbaik, terdapat beberapa juga pendekatan yang digunakan. Ingat sains ja ka ada teori? hehehe.... (pendekatan teknik Lakonan Stanislavsky)
  1. Pendekatan Magik "Bagaimana kalau" (magic if) -  Dalam pendekatan ini, pacik Stanislavsky ini tidak yakin bahawa seseorang aktor itu akan mempercayai seikhlas-ikhlasnya terhadap kebenaran, peristiwa, dan apa jua yang berlaku di atas pentas. Tapi, seorang pelakon ini juga boleh percaya  terhadap apa juga kemungkinan yang berlaku itu. Dengan manggunakan persoalan "kalau aku..?" akan menjadi satu matlamat untuk merangsang pelakon menjiwai watak tersebut.
  2. Situasi sedia ada  - setiap tingkah laku psikologikal dan fizikal seseorang itu tertakluk kepada pengaruh luaran persekitarannya dan sesuatu aksi itu menjelaskan apa yang dilakukan oleh seseorang karakter itu didalam situasi yang sedia ada. 
  3. Imaginasi  - Bermain dengan imaginasi merupakan satu rutin sebenarnya dalam hidup pelakon. Berlandaskan skrip yang diberi, latihan imaginasi ini perlu untuk seorang aktor itu mengetahui  atau merasakan bagaimana watak itu perlu dilahirkan dan perkara-perkara yang mempengaruhinya. 
  4. Konsentrasi tumpuan - menumpukan perhatian terhadap latihan yang sering dijalankan.
  5. Kebenaran dan Kepercayaan - Diatas pentas drama sebenarnya tiada kebenaran. Oleh itu, seorang pelakon perlu bijak mendalami daya pukau untuk memastikan penonton merasakan lakonan yang dibawa itu adalah benar dan sedang berlaku dihadapan mereka ataupun membawa penonton bersama-sama dalam zaman lakonan itu sedang berlaku. 
  6. Hubungan Emosi ataupun spiritual -  serapkan apa yang dilakukan, dikatakan oleh aktor lain. Berinteraksi dengan aktor lain dari sudut emosi dan spiritual agar lakonan menjadi satu, iaitu saling pengaruh mempengaruhi dengan penumpuan yang lebih konkrit.
  7. Tempo dan ritma (pengucapan dialog yang dramati dan sesuai dengan keadaan ) - **rasanya lah!..:))
  8. Memori recall - mengaitkan memori pengalaman dalam alam sebenar dan aplikasikan memori atau peristiwa lampau sebagai alat untuk merealisasikan semula dalam bentuk lakonan seperti mana mengikuti keperluan dramatik. Kononnya mengambil mood yang kita pernah rasa tu la dan kita bawa dalam lakonan kita tu. kan senang.. :p\

Ok!..rasanya cukup sampai sini kot untuk hari ni.. aku pun rasa macam banyak sangat dah ni... heheh. So, kesimpulan aku, dalam bidang lakonan ni sebenarnya kita belajar melalui pemerhatian dengan persekitaran kita. Kita tak perlu jadi susah, kita tak perlu jadi senang, kita tak perlu jadi pandai, gila, bodoh, berlagak atau apa-apa pun dalam hidup sebenar, sebab kita akan belajar memahami semua watak ini kelak untuk dilakonkan. Kenapa? mengapa? siapa? bagaimana? dan bila? semua itu akan jadi persoalan kita dalam membina satu watak yang kita akan terima.

bye!..tq

~jay

Saturday, September 29, 2012

apa keperluan asas lakon?

"So, apa yang anda rasa keperluan dalam satu lakonan?" soalan en.adi utk kami yang empat ketul duduk menghadap dia, ermmmmm.. sambil membulatkan mata.. hehe.. Biasa la, kalau lect tanya, memang macam tu ja la reaksi kami, pura-pura tengah berfikir. Then,the answer are tubuh badan, suara dan juga ruang lakon.

1. Tubuh Badan

At the time seorang pelakon itu berada di atas pentas, satu perkara penting yang akan di nilai dan dilihat secara keseluruhannya adalah tubuh badan. Maka pelakon perlu tahu bagaimana untuk mentransformasikan bentuk lakonan, mengendalikan keseluruhan tubuhnya untuk menyampaikan segala emosi, pemikiran, dan aksi kepada penonton.



2. Suara/Vokal

Selain daripada dilihat, pelakon juga berinteraksi dengan penonton melalui pendengaran. Suara atau vokal memainkan peranan penting untuk menyampaikan dialog. So, seorang pelakon yang baik perlua ada suara yang mantap, jelas didengar oleh semua penonton. Memang hakikatnya setiap manusia mempunyai ton suara yang berbeza tapi menjadikannya lebih mantap adalah penggunaan nafas yang baik dan juga sebutan yang jelas. Suara boleh dilontarkan dengan pelbagai cara untuk menunjukkan emosi dan juga watak yang sedang disampaikan. 

3. Ruang Lakon.

Ruang lakon ni kebiasaanya kita cuma nampak pentas, lokasi atau sesuatu sebagai ruang lakon. Yup! its true, tapi sebelum pentas itu diri sendiri adalah satu ruang kecil yang sangat penting dalam pementasan satu lakonan. Setiap pergerakan yang dilakukan oleh seorang pelakon adalah satu ruang. Malah dari sudut ruang yang lebih luas, ruang pentas mempunyai beberapa jenis antaranya adalah proscenium, arena dan trust. 
  • Proscenium adalah ruang pentas yang mana pandangan penontonnya berada dari satu arah. Contoh untuk dewan atau pentas yang berada di UPSI ni adalah SITC & Audi.. :)
  • arena pula adalah satu ruang pentas yang dikelilingi oleh penonton, maka pelakon yang berada di atas pentas perlu berinteraksi secara 360 darjah, untuk memastikan penonton bersama-sama dalam watak yang sedang dibawa oleh mereka. chill
  • bagi pentas jenis trust pula, penontonnya berada disebelah kanan, kiri dan depan pentas. 
This are some knowledge that i got from my first class with en.Shuradi, btw i have more than this but just let it in the next post for my blog.. :) chill beb!


Friday, September 28, 2012

Perghh.. Dari mana asalnya TEATER?

19 Sept 2012
Bilik Seni Lakon.
En. Nor Shuradi

Hari-hari kita tengok TV. Secara tidak langsung kita telah pun terlibat dengan situasi menyaksikan lakonan manusia disekeliling kita. Hakikatnya bagi aku, semua orang boleh berlakon, tetapi yang membezakan setiap pelakon tu adalah bakat dan cara pembawaanya..

Pelakon? apa yang korg tau tentang pelakon? bukan nak cakap la.. Kita ni x tau pun pelakon tu apa, bagaimana dan darimana? yang pastinya kita cuma tau, KRITIK dan GOSIP pelakon.. eh? betul x?..

Daripada kuliah tadi, aku semakin faham bahawa pelakon itu adalah manusia yang meniru kebenaran atau refleksi watak ataupun peminjam watak. Permulaan watak adalah apabila ia diterbitkan oleh penulis dan diserahkan kepada "pelakon" untuk menerima dan memahami watak seterusnya merealisasikannya melalui peralatannya. Before that, what do you know about "peralatan"? In theatre, "peralatan" bermaksud apa jua yang terlibat dalam melahirkan situasi lakonan teater itu, sama ada props, lighting, pentasdan sebagainya. TAPI! yang paling penting adalah tubuh badan. Seluruh bahagian dalam tubuh badan merupakan peralatan yang sangat penting dalam persembahan teater dan sebagai penyampai kepada segala emosi.

Pada asalnya, teater ini adalah kegiatan kebudayaan tertua dalam kehidupan manusia. See? never thought right? Mungkin kita tiada pada masa dulu, tapi daripada penerangan En.Shuradi di dalam kelas betul-betul meyakinkan bahawa seni lakon ini telah bermua pada zaman dahulu lagi dan aku SETUJU!!. Seni lakonan awalan dalam tamadun manusia telah berlaku dengan tujuan meraikan kepercayaan dan upacara penyembahan. 

Dalam satu upacara penyembahan yang dilakukan, kelompok masyarakat itu akan melakonkan semula aktiviti harian mereka sama ada untuk memanjat kesyukuran atau memohon rezeki dan whatever la pada apa jua yang dianggap tuhan bagi mereka pada zaman tersebut. Malah dalam perayaan keagamaan itu juga, masyarakat yang terlibat menunjukkan kepada penonton pada zaman itu bahawasanya mereka sedang berinteraksi dengan kuasa ghaib untuk menyampaikan hajat mereka. Kan biasa juga kita tengok dalam wayang tuuu... yang konon2 ada kuasa ghaib la, ada orang2 yang boleh bercakap dengan tuhan dorang la.. macam-macam.

Memandangkan aku pun dah macam penat nak mengulas, aku lagi suka tengok video untuk lagi faham situasi tu. So kalau korang rajin2 nak faham apa lagi,....
Cuba tengok kat sini :

1. History of Theatre 1- From Ritual to Theatre
2. History of Theatre 2- Development of Classical Greek Tragedy

Monday, September 24, 2012

Minor Teater


Alhamdulillah sekarang aku berada di semester 3 tahun kedua di UPSI. Semester ni aku dah ada minor, waktu sesi pendaftaran minor tu aku ambik minor multimedia, mungkin ya la sbb aku rasa bidang tu yang dekat dgn course major aku IT. Kononnya la aku ni berminat pada multimedia. aku pun bersusah payah memohon multimedia yang di tutup untuk budak IT dan aku pulak tiba-tiba boleh dapat? wah, rezeki nampaknya, Tapi aku runsing pula bila aku jer sorang-sorang masuk course tu, xda member? boleh bayangkan x? hehe.. so aku pun membuat keputusan melalui malam istikharah aku,. aku mohon petunjuk, walaupun bukan dengan mimpi tp permudahkanlah urusan ku..

Akhirnya masa buka semester 3 ni. aku pun menguruskan minor aku dengan mengubah minor multimedia kepada teater dengan mudah. Pop!.. satu minggu da boleh siap, walaupun payah untuk mendapatkan kelulusan dari pihak jabatan. Biasa la.. mana ada orang yang nak lepaskan anak didik dia kepada bidang lain. Walhal kita ni berhak untuk menentukan apa yang kita mau untuk mempelbagaikan ilmu kan?

Atas dorongan daripada pihak jabatan seni persembahan dan lecturer aku sendiri, usaha aku membuahkan hasil apabila dekan fakulti seni komputeraan dan industri kreatif menurunkan tanda tangan setuju atas pertukaran minor aku, walaupun terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang cuba menpsiko aku untuk kekal atau ambil bidang dalam IT juga... ^_^

dan akhirnya sekarang, aku berdiri bersama-sama 3 orang lagi kawan aku dari course pendidikan khas untuk memperjuangkan bidang teater ni... ganbatee!..

Comments