Like!

Monday, October 8, 2012

-Teknik Alexander- utk posture yg baik

Teknik alexander ni adalah teknik yang sangat terkenal di negara-negara Eropah. Teknik ini diteorikan selepas Encik Alexander ini mengenal pasti bahawa gerakan-gerakan atau posture yang dikajinya adalah penting untuk menghasilkan posture badan yang baik dan memberi ruang kepada pernafasan, pergerakan yang betul dalam seharian.

Bukanlah pergerakan yang selalu kita buat ni salah, cuma melalui teknik ini ia mempunyai lebih banyak kebaikannya. Teknik alexander ini didefinasikan sebagai keupayaan mengorganisasikan pergerakan tubuh dalam ruang dan waktu, dengan cara meningkatkan kesedaran atas diri sendiri dan dunia sekelilingnya. Teknik ini ditemukan oleh Frederick Matthias Alexander (1869-1955) dari Australia. Sebuah kumpulan iaitu Society of Teachers of The Alexander Technique (STAT) yang mempunyai banyak cabangnya di negara Eropah telah ditubuhkan untuk mendalami teknik ini.

Kajian dan teknik alexander ini telah terbukti sejak 1 abad yang lalu. Dan kesimpulannya,setiap kesan yang dialami adalah berlaku hasil daripada seberapa besar tindakan dan fikiran kita curahkan kepadanya. Mungkin kita pernah mengalami perasaan tertekan, pasif, bosan, lemah dan merasa tidak berharga. Malah, kadang-kadang kala sebaliknya.

Terapi atau teknik ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana cara yang benar untuk berdiri, duduk dan menggerakkan badan mengikut beberapa latihan sederhana untuk memperbaiki postur tubuh. Teknik ini dapat meringankan tekanan pada otot dan persendian tubuh serta pelbagai masalah mental dan fizikal.

Sila Lihat video di SINI..

Secara keseluruhannya teknik ini menekankan supaya anda dapat memastikan posisi kepala dalam garis lurus dengan tulang belakang sehingga leher anda bebas dari tekanan.

Manfaatnya pula, teknik ini boleh diamalkan sebagai cara effektif untuk mengatasi pelbagai masalah punggung dan leher. Bekerja dengan posisi tubuh yang baik boleh membantu kita menjadi lebih kebal terhadap stress.


No comments:

Post a Comment

Comments