Like!

Sunday, January 6, 2013

Latihan Vokal dalam kelas!


Sebaiknya anda boleh merakamkan suara semasa latihan lakonan, pementasan dan sebagainya. Semasa mendengar semula rakaman tersebut, dengarlah sama ada suara anda jelas atau sebaliknya. kaedah ini dapat menilai kualiti suara anda dan anda ada ruang untuk memperbaikinya supaya mampu memberikan persembahan terbaik pada hari persembahan.
Kualiti suara seorang pelakon akan memberi kesan kepada lakonannya. Sekiranya cerita yang dilakonkan menarik tetapi malangnya lontaran vokal tidak menarik, maka natijahnya pun akan menjadi tidak menarik kerana suara yang tidak jelas. Audiens tidak dapat menghayati lakonan dan penceritaan yang cuba disampaikan. Ringkasnya, pakej suara anda perlu menarik untuk menjadi seorang pelakon yang hebat. Disini perlunya siri latihan pengukuhan dalam meningkatkan kualiti vokal anda.

Untuk memulakan latihan vokal, kita perlu berada dalam keadaan yang tenang (relaxation) seluruh badan mulai daripada kepala sampailah ke  hujung kaki harus diberi latihan supaya santai dan selesa. Kita boleh memulakan dengan menarik nafas perlahan-lahan, lalu hembuskan. Diulangi dengan kadar masa sendiri. Sewaktu kita menghembuskan nafas juga kita boleh melakukan beberapa tekanan pada anggota badan agar hembusan nafas boleh dikeluarkan sepenuhnya.

Semasa sesi latihan, Puan Mardiana juga ada menjelaskan mengenai teknik Alexander. Menurutnya, teknik alexander ni berkaitan dengan cara pernafasan dan juga bahagian-bahagian yang terlibat menyokong pernafasan itu. Untuk mempraktikkan pernafasan ini, ada dua cara yang diketengahkan iaitu peningkatan tenaga (increasing energy) dan juga isolation. Dalam latihan ini, alat yang terlibat adalah sepenuhnya tubuh badan. Semua bahagian dalam tubuh badan sebenarnya mempunyai ruangnya yang tersendiri dan boleh diisi dengan udara. Antara alat yang jelas terlibat adalah mulut, lidah, rahang, perut (abdomen), peti suara dan jugak rusuk (ribs).

Latihan regangan “humming” adalah yang paling ringkas dan senang untuk dilakukan, namun begitu ianya adalah sukar untuk kita mahirkan. Ini adalah kerana kita selalu tersalah meletak kedudukan vokal bila kita membuatnya (latihan humming), dan ada kebanyakkannya yang meletakkannya dikedudukan note yang rendah atau kemungkinan menggunakan otot tekak untuk membantu yang mana akan menyebabkan bunyi yang keluar datangnya dari bahagian anak tekak. Melalui latihan ini, ia akan membuatkan pitching(nada) yang dihasilkan adalah menaik semasa kita menyebutnya. Setiap kali kita membunyikan “hmmmmmm” kita akan mula meninggikan suara kita dihujung perkataan tersebut.

Setiap kali kita tinggikan lontaran suara, kita akan dapati ada rasa macam bergetar di kawasan hidung dan saluran hidung yang kemudiannya membawa ke kawasan mata dan seterusnya ke bahagian kepala. Ini ada “sensasi” daripada bunyi humming yang kita buat. Ia bergema di dalam kepada dan menjadikan penggunaan kepelbagaian ruang di dalam tulang tengkorak untuk menjana bunyi yang kita hasilkan. Kita juga boleh mencuba latihan ini dengan menghasilkan bunyi yang sama tetapi dengan pitching yang sebaliknya. Dalam percubaan ini pula, bunyi “sensasi” getaran akan bergerak ke bawah dan nada yang paling dendah akan bergema di bahagian dada.

Kami meneruskan sesi latihan vokal dengan bubbling sehingga terasa gatal pada bahagian hidung. Untuk sesi pertama kelas vokal, kami memulakan latihan dengan sebutan huruf a,e,i,o,u. Tarik nafas dan hembus sambil huming dengan huruf vocal. Apa yang penting dalam latihan ini adalah kawalan nafas dan posture badan yang selesa agar dapat melontarkan suara dengan jelas.

Seterusnya kelas Gibrish. Gibrish ini adalah berkomunikasi tanpa suara tapi mengeluarkan bunyi-bunyi yang bukan perkataan ataupun menggunakan bunyi huruf vokal a,e,i,o,u. Teknik ni memang membantu untuk seorang pelakon itu membuka mulut dan membantu untuk berinteraksi dengan bahagian-bahagian dalam mulut dan hidung. Kelas vokal kali ini juga melatih pitching kami dengan teknik DO RE MI FA SO LA TI DO  do ti la so fa mi re do dengan beberapa tempo yang berbeza. 

Elemen penting yang membantu!!


Ton Suara
Setiap orang memiliki jenis suara yang berbeza-beza. Hal ini boleh dipengaruhi oleh usia dan juga faktor keturunan seseorang itu. Contohnya suara seorang nenek tua dan seorang perempuan muda, ataupun suara seorang ibu dan juga suara anak gadisnya apatah lagi suara seorang lelaki dan juga perempuan adalah sangat berbeza.
Jelaslah bahawa untuk menyampaikan sesuatu dialog dengan baik, selain menjaga artikulasi dan intonasi kita juga perlu memerhatikan ton suara yang sesuai dengan watak. Malah, sebagai latihan, kita perlu mencuba beberapa ton suara dengan meniru ton suara sama ada orang tua, kanak-kanak, pengemis ataupun sebagainya.


Artikulasi
Artikulasi adalah perubahan rongga dan ruang dalam saluran suara untuk menghasilkan bunyi bahasa. Daerah artikulasi terbentang dari bibir luar sampai pita suara, dimana fonem-fonem terbentuk berdasarkan getaran pita suara disertai perubahan posisi lidah dan lain-lain pergerakan lagi.

Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa. Bunyi bahasa yang biasa dihasilkan ialah vokal dan juga konsonan. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara.

Persembahan yang baik merupakan persembahan yang jelas dan tepat dalam menyampaikan dialognya. Jelas juga bukan sahaja melalui penjelasan cerita, tetapi juga melalui sebutan setiap patah perkataan tersebut. Pelakon perlu menyebut setiap perkataan dengan jelas dan lontaran suara yang sesuai dengan emosi.



Emosi
Selain daripada mengenal dasar-dasar vokal, di dalam sebuah penyampaian dan pertuturan dialog juga memerlukan  penghayatan. Setiap dialog yang disampaikan pastinya mempunyai makna yang tersendiri. Oleh itu, untuk melengkapkan rasa pada dialog tersebut, seorang pelakon perlu bijak menambah rasa emosi itu agar dialog yang disampaikan sama ada dalam pada situasi marah, sedih atau gembira dapat dirasakan juga oleh audiens.  

Emosi bukan sekadar pada ekspresi muka, tapi ia juga boleh dilontarkan melalui vokal sama yang bernada ataupun mempunyai tekanan pada bahagian-bahagian tertentu. Seorang pelakon yang baik pastinya boleh melahirkan dialog bersama-sama dengan emosinya untuk mencukupkan rasa pada dialog tersebut. 

Intonsi


Setiap intonasi membawa maksud yang berbeza di tambah dengan ekspresion mimik muka yang ditunjukkan. Seandainya pada dialog yang kita ucapkan, kita tidak menggunakan intonasi, maka penonton akan rasa mendatar dan membosankan terhadap apa yang dilihatnya. Yang dimaksudkan intonasi di sini adalah tekanan-tekanan yang diberikan pada kata, bahagian atau dialog.

Intonasi ini terdapat tiga jenis iaitu, tekanan dinamik, nada dan tempo. Untuk intonasi dinamik, penekanan kepada setiap perkataan itu menunjukkan penekanan kepada subjektif yang ingin disampaikan. Contohnya pada perkataan “saya membeli pensil ini”. Perhatikan perbezaan penekanan yang akan diaplikasikan ini memberikan beberapa penyampaiaan yang berbeza.

a)    SAYA membeli pensil ini . (Saya yang membeli pensil ini bukan orang lain.)
b)    saya MEMBELI pensil ini. (membeli pensil, bukan menjual)
c)    saya membeli PENSIL ini. (membeli pensil bukan buku)

Seterusnya, untuk tekanan nada pula, ia adalah pengucapan teks atau dialog dengan menggunakan nada, tidak mengucapkan teks seperti biasa tetapi mengucapkan dialog dengan suara yang naik turun dan berubah-ubah.

Bagi tekanan tempo pula, kita boleh menentukan intonasi teks dengan memperlambatkan atau mempercepatkan pengucapan. Tekanan ini sering dipergunakan untuk menegaskan tentang sesuatu yang kita cuba sampaikan.

Ada masanya anda perlu meninggikan suara anda dan ada kalanya perlu merendahkannya. Sekiranya anda berdialog dengan nada yang sama sepanjang lakonan, ia akan menjadi bosan. Bermain dengan intonasi suara adalah cara yang terbaik. Kuatkan suara anda pada bahagian-bahagian yang penting, rendahkan suara pada perkara yang sedih atau yang memerlukan penghayatan. Seorang pelakon selalunya akan bermain dengan nada suara untuk menarik dan meyakinkan penonton.

Teknik Pernafasan


Pemahaman tentang bagaimana aku memanfaatkan dan melatih organ-organ tubuh aku dalam melontarkan suara merupakan hal yang penting selain disokong pula dengan latihan-latihan yang dilakukan secara bertahap dan terus menerus sehingga dapat membuahkan hasil yang lebih memuaskan. Teknik vokal yang di maksud meliputi berbagai elemen-elemen penting iaitu, pernafasan dalam berdialog, produksi nada, artikulasi, interpretasi, ekspresi dan yang paling penting yang menyokong semua itu adalah memiliki posisi tubuh yang benar sewaktu berlakon.

Dalam sesi lakonan, terdapat tiga jenis pernafasan yang mempengaruhi teknik vokal yaitu, melalui Abdominal breathing (pernafasan dengan perut) contohnya ketika anda sedang tidur maka anda akan bernafas dengan perut, chest breathing (pernafasan dengan dada) contohnya ketika anda lari dengan sangat kencang kemudian berhenti dengan tiba-tiba dan intercostals breathing (pernafasan diafragma) contohnya ketika anda bernyanyi atau melakukan kegiatan yang energic seperti olahraga.

Dalam hal ini posisi tubuh juga sangat mempengaruhi kualiti vokal seseorang, jika posisi tubuh benar maka kualiti vokal akan lebih baik. Menurut teknik Alexander, posisi tubuh yang benar adalah pada posisi tulang belakang harus tegak, dada sedikit membusung kedepan, leher dan kepala harus lurus dengan pandangan ke depan, posisi bahu sedikit di tarik kebelakang. Tingkat keberhasilan seseorang dalam pelakon dalam melontarkan suaranya tidak dapat diukur dari penilaian seorang pelatih, tetapi akan berhasil jika pelakon itu dapat merasakan dan menguasai teknik intercostals breathing dan memiliki posisi tubuh yang benar semasa persembahannya.

Menurut Teknik Appogio, pengurusan nafas yang terbaik di capai dengan mempertahankan posisi tubuh, hal ini yang akan mewujudkan kerjasama antara otot-otot dada, otot-otot tulang rusuk, dan otot-otot perut. Menurut appoggio yang berasal dari perkataan Itali “appoggiare” yang artinya "suara harus bersandar pada sesuatu". Maksud bersandar pada sesuatu ini adalah, berbicara tentang sentuhan-sentuhan yang dapat dirasakan oleh si pelakon sehingga pelakon tersebut menguasai teknik pernafasan dengan intercostals breathing.

Comments