Like!

Friday, October 19, 2012

Sekadar Dipinggiran.

Filem dan karya tempatan. Kadang-kadang kita tidak perasan ada filem-filem atau karya-karya tempatan yang sangat berkualiti dan mempunyai mesej yang berguna untuk masyarakatnya. Tapi, kerana publisiti yang kurang dan tahap pemikiran sebilangan besar "pengguna" yang melihat kualiti penyampaian berdasarkan ke"glamour"an atau yang melibatkan pelaburan yang tinggi. 

Aku mungkin tidak layak untuk mengkritik. Tapi dari sudut pandangan aku, karya-karya sedemikianlah yang sepatutnya diedarkan dan didedahkan kepada masyarakat sedari awal perkembangan minda terhadap persepsi masyarakat setempat. 

Movie Hantu Gangster & Nasi Lemak 2.0 :: Movie ini tidaklah sehebat movie-movie MALAYSIA yang terkenal seperti Ombak Rindu & KL Gangster. Malah movie ini jugak tidak memerlukan penampilan artis hebat seperti Aaron Aziz ataupun pengarah filem yang terkenal Shamsul Yusof. TAPI, Movie ini perlu diketengahkan untuk membantu menyatupadukan rakyat dan membuka mentallity masyarakat tentang kesemulajadian penduduk MALAYSIA yang terdiri daripada pelbagai Bangsa, Agama & Budaya. 

Walaupun ada yang mengatakan ianya sebagai Filem BODOH dan karya yang tidak hebat. Tapi, hakikatnya senario yang dipersembahkannya sering berlaku disekeliling kita dan membuka pekung didada bagi negara kita MALAYSIA untuk dinilai sendiri oleh rakyatnya.

#kritikanKaryaFilemDalamNilaiPerpaduan.

Thursday, October 18, 2012

Skrip MONOLOG : Tragedi Raja Oedipus


Para wakil rakyat dan penduduk Thebes semua. Berita bencana akan kusampaikan segera. Jika cintakan Thebes dan menghormati kerabat diraja, saudara sepatutnya berkabung dan berduka. Berita yang dibawa cuma pendek, ringkas dan padat.

Permaisuri Jocasta sudah pun mangkat! Mangkat kerana tangannya sendiri dalam kejadian yang paling ngeri.
Bagaimana kisah yang hamba ingat, akan dicerita peristiwa dilihat.

Jocasta berlari masuk ke kamar, dengan wajah marah, bengis dan nanar. Pintu kamar dihempas,.... ditutup rapat. Ke tilam pengantin dihempas dirinya.... Sambil menangis ditarik rambutnya.

Jocasta meraung, menyeru Laius yang mangkat. Disebut-sebut bayi lelaki yang lahir dari benih sendiri. Bayi yang ditakdir membunuh ayahanda. Kemudian mengahwini bonda sendiri, sehingga membuah zuriat keturunan. Jocasta merintih kesal keseorangan..... Lolongannya yang memilukan tembus keluar dan jelas kedengaran pada kami.Kami terkedu, tidak tahu bagaimana membantu.

Lalu entah bagaimana, dia pun mangkat kehilangan nyawa..... Kami tidak sempat mendekati Jocasta, kerana baginda Oedipus tiba-tiba datang menerpa.. Langkahnya goyah, tergesa-gesa. Kami hairan melihat paduka. Baginda berlari ke sana ke mari, seperti seorang gila lupakan diri.

Baginda meminta pedang dari kami, sambil menyeru dan bertanya tentang Jocasta yang disebut isteri dan juga bonda sendiri. Baginda Oedipus menyebut Jocasta sebagai ibu kandung dirinya, selain sebagai ibu juga kepada anak-anaknya. Baginda mengamuk serta menggila, bagai dituntun roh derhaka. Diasak dan diterajangnya kamar Jocasta hingga pintu pecah terbuka.

Maka ternampaklah kami, satu pemandangan yang paling ngeri! Oh......! Paling memilukan..!

Jocasta tergantung di seutas tali. Jocasta telah menggantung dirinya sendiri.......

Demi Oedipus melihat Jocasta, maka merintih sedihlah baginda raja.

Dilepaskan tali penjerut leher isterinya, lalu perlahan-lahan dibaringkan permaisuri di atas ribanya.....

Perlahan Paduka Oedipus mencabut jarum peniti yang tersusuk di sanggul Jocasta. Jarum digenggam dengan kemas dan tenang... sebelum diangkat tinggi... lalu ditusuk kemata sendiri... hingga pecah langsung buta.

Sambil mengerang, paduka baginda berkata... " Tidak akan kulihat lagi segala bencana yang telah ku alami. Butalah selamanya mata yang curang, kerana melihat barang terlarang...." Ditikam matanya berkali-kali, darah berpercikkan kesana sini, membasahi wajah serta janggutnya.... Ngeri dan mual kami terasa.

Demikianlah terjadi peristiwa suami isteri dilanda sengsara. Bahagia mereka yang dahulu ternyata, berganti sedih dan aib kesudahannya pula.

Kemudian Oedipus bangun, seluruh badannya menggigil, lalu dengan lantang berseru....
"Bukalah pintu.....! Bawalah daku keluar dari istana. Tunjukkan kepada rakyat Thebes semua bahawa inilah si durjana....... Bapa sendiri dibunuhnya.. Ibu pula di....................... Ah! tidak tergamak hamba menyebutnya! "

Oedipus meminta diri dibuang dari Thebes ini sebagai menepati hukuman sendiri.
Tapi bagaimana? sedangkan baginda tidak mampu melangkah... Untuk berjalan terpaksa dipapah.

Oh! kasihan..... sakit pedihnya tidak terkira.. Oedipus menderita, tetapi didayanya juga berjalan,... selangkah demi selangkah tanpa bantuan sesiapa.

Lihat, sekarang baginda sedang berjalan keluar dari istana. Lihatlah,.. aduh,.. betapa terseksanya baginda.

Oh, lembaga malang, dulu kau paling gagah tiada tara.
Oh, mangsa permainan nasib yang menimpa...!
Langkah mahu kemana....?
Semoga yang membencinya.... Hilang bencinya...!

Monday, October 15, 2012

Lakonan Spontan?

Macam biasa kami 4 orang, tugasan kali ini, kami diberikan satu situasi dan satu watak. Watak yang diterima perlu dilakonkan dengan situasi yang diterima. Aku menerima satu watak sebagai "kelab Malam" aku fahamkan maksudnya disana sebagai "perempuan kelab malam" dan situasi adalah di "Pasar Malam". Memang bengong juga la masa tu, tapi aku usaha juga, last-last aku mainkan watak dengan perempuan kelab malam yang ayu dan menggoda. watak ni aku rasa bermain penuh dengan lenggok, costume dan posture badan.

Memang susah jika dapat watak tanpa dirancang. Tambahan lagi, ciri-ciri fizikal yang ada pada perempuan kelab malam jauh beza dengan sifat aku. Haha.. Susah memang susah, tapi mencabar jugak bila ku terpaksa lari dari watak aku yang sebenar dalam sekelip mata. Oleh kerana aku beperwatakan lucu dan suka membuat lawak, so aku masukkan sedikit sifat-sifat keGEDIKan tu dengan beberapa unsur lawak.

Setiap watak dan latar itu sememangnya memainkan peranan untuk seorang pelakon menjiwainya. Tapi, apa yang lebih penting adalah usaha daripada pelakon untuk melahirkan ekspressi pada lakonan walau dimana pun dia berada. So, apa pun watak yang diberi, terima dengan ikhlas dan putuskan dalam hati yang "Saya Boleh Buat". InsyaAllah, dengan usaha yang kecil tu akan membuahkan kejayaan yang besar. Amin..

Monday, October 8, 2012

Relaxation



Latihan hari ni  lebih kepada relaxation, tapi bagi kesan juga sebenarnya. Sebelum kelas bermula, aku dapat rasa yang emosi aku belum stabil atau belum tenang untuk menerima pembelajaran. Mungkin sebab penat berjalan dari Pintu utama ke kelas? atau mungkin sebab cuaca yang panas di luar sana.. Memandangkan badan aku dah ada warm up pagi tu, so aku xda masalah dengan regangan atau keselesaan untuk bergerak.

Relaxation : kami diberi sebuah buku dengan meletakkan buku tersebut di atas kepala untuk menyokong kepala agar tidak terlalu mendongak. Ala, teori Alexander tu.. :) Relaxation ni seperti pergerakan yoga yang memerlukan fokus dan tenang. Kami melakukan beberapa pergerakan sambil seiring dengan pernafasan. Baring dalam keadaan terlentang, rasa bebas dan tenang seterusnya meletakkan foku ke atas latihan yang dilakukan.



Seperti biasa, pernafasan perlu dilakukan. Kali ini kami mengkaji penggunaan nafas yang digumpul pada abdomen dan ribs, melihat penggunaannya dibadan orang lain dan  melihat kekurangan yang ada pada badan  sendiri. Setiap manusia ada perbezaan rasanya, tertakluk bagaimana kebiasaan hidupnya.





Secara keseluruhannya, relaxation ini mengembalikan fokus dan mengurangkan ketegangan yang berlaku dalam fikiran, dan otot-otot pada tubuh. Mengkoordinasikan tubuh secara menyeluruh supaya lebih bebas bergerak.

So kawan-kawan? Kalau ada yang mau relaxkan badan.. cubalah teknik Alexander atau buat yoga yang sesuai.

-Teknik Alexander- utk posture yg baik

Teknik alexander ni adalah teknik yang sangat terkenal di negara-negara Eropah. Teknik ini diteorikan selepas Encik Alexander ini mengenal pasti bahawa gerakan-gerakan atau posture yang dikajinya adalah penting untuk menghasilkan posture badan yang baik dan memberi ruang kepada pernafasan, pergerakan yang betul dalam seharian.

Bukanlah pergerakan yang selalu kita buat ni salah, cuma melalui teknik ini ia mempunyai lebih banyak kebaikannya. Teknik alexander ini didefinasikan sebagai keupayaan mengorganisasikan pergerakan tubuh dalam ruang dan waktu, dengan cara meningkatkan kesedaran atas diri sendiri dan dunia sekelilingnya. Teknik ini ditemukan oleh Frederick Matthias Alexander (1869-1955) dari Australia. Sebuah kumpulan iaitu Society of Teachers of The Alexander Technique (STAT) yang mempunyai banyak cabangnya di negara Eropah telah ditubuhkan untuk mendalami teknik ini.

Kajian dan teknik alexander ini telah terbukti sejak 1 abad yang lalu. Dan kesimpulannya,setiap kesan yang dialami adalah berlaku hasil daripada seberapa besar tindakan dan fikiran kita curahkan kepadanya. Mungkin kita pernah mengalami perasaan tertekan, pasif, bosan, lemah dan merasa tidak berharga. Malah, kadang-kadang kala sebaliknya.

Terapi atau teknik ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana cara yang benar untuk berdiri, duduk dan menggerakkan badan mengikut beberapa latihan sederhana untuk memperbaiki postur tubuh. Teknik ini dapat meringankan tekanan pada otot dan persendian tubuh serta pelbagai masalah mental dan fizikal.

Sila Lihat video di SINI..

Secara keseluruhannya teknik ini menekankan supaya anda dapat memastikan posisi kepala dalam garis lurus dengan tulang belakang sehingga leher anda bebas dari tekanan.

Manfaatnya pula, teknik ini boleh diamalkan sebagai cara effektif untuk mengatasi pelbagai masalah punggung dan leher. Bekerja dengan posisi tubuh yang baik boleh membantu kita menjadi lebih kebal terhadap stress.


Comments